Mengkaji grafik pembungkusan makanan tradisional Sema.

Ros Aidawati , Isa (2015) Mengkaji grafik pembungkusan makanan tradisional Sema. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Makanan tradisional ialah makanan masyarakat dahulu.Makanan tradisional kini makin dilupakan terutamanya bagi generasi muda.Contohnya kuih tradisional Sema,yang kini tidak ramai yang mengenali kuih Sema ini.Berdasarkan kajian yang telah dijalankan,mengenai Mengkaji Grafik Pembungkusan Sema Melalui Pembungkusan,memang rata-rata generasi sekarang tidak mengenali kuih tradisional masyarakat Kelantan.Oleh itu,untuk memperkenalkan lagi makanan ini grafik dan reka bentuk pembungkusan ditukar dari pembungkusan yang sekarang ini.Bagi pembungkusan pula,ia merupakan satu elemen yang sangat penting bagi produk yang ingin dipasarkan.Grafik pada pembungkusan sangat penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan.Grafik seperti lukisan,gambar foto atau carta amat membantu dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif.Objektif yang dijalankan bagi kajian ini ialah untuk mengkaji elemen atau konsep rekabentuk yang sesuai untuk memperkenalkan pembungkusan Sema,dan untuk merekabentuk pembungkusan yang sesuai dengan karakter Sema.kajian metodologi yang digunakan kajian ini adalah kaedah pemerhatian dan kajian lapangan.Kajian ini menghasilkan pelbagai rekabentuk pembungkusan yang menggunakan warna diraja iaitu kunig,emas dan warna hitam yang menampakkan lebih elegen.Dalam kajian ini poster bersaiz A2 juga dibuat untuk memperkenalkan lagi kuih Sema ini untuk diperkenalkan kepada ramai.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 16 Nov 2016 11:53
Last Modified: 16 Nov 2016 11:53
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6152
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item