Pembangunan modal insan dalam ECER

Zainai Mohamed, and Nur Azuki Yusuff , and Ibrahim Che Omar, (2008) Pembangunan modal insan dalam ECER. In: Seminar ECER – Merintis Kecemerlangan Usahawan melalui Pembangunan Ekonomi Bersepadu, 16 – 17 Feb 2008, Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu,Terengganu..

[img]
Preview

Download (229Kb) | Preview

Abstract

Pembangunan Modal Insan adalah teras Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9). Modal Insan dikaitkan dengan konsep mewujud dan menyediakan sumber manusia yang memberi impak kepada pembangunan sesebuah organisasi. Insan dianggap sebagai aset penting, kerana tahap kejayaan dan impak kepada kemajuan sesuatu organisasi bergantung kepada mutu sumber manusia yang dimiliki. Antara mutu yang berimpak tinggi ialah kesanggupan menyumbang kepada kejayaan organisasi, keupayaan minda yang tinggi dan keperibadian yang baik. Modal adalah melibatkan keupayaan intelektual seseorang itu untuk berkreatif dan berinovasi yang memungkinkannya mendahului dalam apa bentuk persaingan. Oleh itu, setiap individu harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang bersesuaian agar dapat membuat keputusan dengan bijak, selari dengan konsep penjanaan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan. Sistem pendidikan berstrategi dalam proses membina manusia mampu menjadi tunjang kepada proses pembinaan keupayaan seseorang menyesuaikan diri dengan segala cabaran. Atas maksud tersebut. Blueprint Pendidikan Kebangsaan (2006 – 2010) dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Menjelang 2020 telah meletakkan konsep pembangunan modal insan yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran dan menghayati nilai-nilai sejagat sebagai teras yang perlu dijayakan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Faculty: Centre for Modern Languages and Generic Development
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 14 Aug 2016 02:53
Last Modified: 14 Aug 2016 02:54
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6110

Actions (login required)

View Item View Item