Keutamaan penerimaan bahasa berkomunikasi remaja 1Malaysia : adakah Bahasa Melayu (tinggi), Bahasa Inggeris atau selainya

Nur Azuki Yusuff , and Siti Bahiyah Saidi, and Yohan Kurniawan, (2014) Keutamaan penerimaan bahasa berkomunikasi remaja 1Malaysia : adakah Bahasa Melayu (tinggi), Bahasa Inggeris atau selainya. In: International Conference on Human Sustainability (INSAN 2014), 10 April 2014, UTHM, Johor. (Unpublished)

[img]
Preview

Download (427Kb) | Preview

Abstract

Iklim berkomunikasi Remaja 1Malaysia perlu menggunakan bahasa Melayu Tinggi agar jati diri masyarakat Malaysia dapat dikekalkan, begitu juga jangka hayat bahasa Melayu di samping mencerminkan imej negarawan sejati. Hakikatnya penerimaan bahasa ini belum menepati hak sebenarnya. Begitupun Bahasa Inggeris sering didambakan sebagai bahasa tinggi, namun penerimaannya masih perlu dipersoalkan. Kertas ini mengetengahkan realiti tersebut dengan mengetengahkan ukuran tahap kecaknaan remaja dalam memperjuangkan bahasa jiwa bangsa ini. Hasilnya, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu Tinggi agak mengecewakan dan paling secara serius perlu diperjuangkan, Bahasa Slanga dan Dialek sendiri memang berada dibibir remaja 1Malaysia. Bahasa Inggerispun hanya menjadi perantara kepada situasi tertentu sahaja. Justeru, usaha meningkatkan penerimaan Bahasa Melayu Tinggi dan penguasaan Bahasa Inggeris perlu digiatkan secara kolektif dan bersepadu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Faculty: Centre for Modern Languages and Generic Development
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 14 Aug 2016 02:13
Last Modified: 14 Aug 2016 02:14
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6106

Actions (login required)

View Item View Item