Pembangunan laman sesawang sebagai informasi kesedaran kepada bekalan air di Taman Budaya,Batu Pahat,Johor.

Nubailah Annur, Noordin (2015) Pembangunan laman sesawang sebagai informasi kesedaran kepada bekalan air di Taman Budaya,Batu Pahat,Johor. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kewujudan pelbagai laman sesawang telah memberikan satu alternatif kepada sesiapa sahaja dalam mengakses maklumat.Kepelbagaian laman sesawang ini memberikan peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk memperolehi pengetahuan dari pelbagai sumber,pada bila-bila masa,dipelbagai lokasi dan melalui pelbagai mod persembahan.Kertas kerja kajian ini adalah berdasarkan kepada kajian yang telah dilaksanakan mengenai laman sesawang yang dapat memberikan informasi kepada pengguna tentang kesedaran dan kepentingan air dalam kehidupan kepada pengguna.Walaubagaimanapun terdapat masalah dimana timbulnya kesukaran untuk membangunkan rekabentuk laman sesawang yang dapat memberi kesan kepada pengguna.Hal ini kerana dalam membangunkan rekabentuk laman sesawang perlulah mempunyai taraf kebolehgunaan yang tinggi.Taraf kebolehgunaan laman sesawang boleh dinilai dari aspek kandungan,maklumat pembinaan,rekabentuk antaramuka dan rekabentuk interaksi.Kajian ini telah dilaksanakan untuk mengenalpasti rekabentuk laman sesawang bagi memberikan impak kesedaran kepentingan air kepada pengguna melalui kaedah kajian pengumpulan data secara kuantitatif.Kajian digunakan melalui analisis borang soal selidik yang diedarkan kepada penduduk Taman Budaya,Batu Pahat yang terdiri daripada golongan yang mempunyai masalah penggunaan air.Hasil dapatan kajian mendapati laman sesawang dapat memberi kesan kepada 100% penduduk Taman Budaya yang menyedari kepentingan air melalui penyampaian maklumat yang disampaikan di dalam laman sesawang.Oleh yang demikian,laman sesawang dapat memberikan impak kesedaran dan kepentingan air kepada pengguna.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 16 Nov 2016 10:57
Last Modified: 16 Nov 2016 10:57
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6049
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item