Pembangunan motion graphics sebagai medium kempen kesedaran buli siber (cyber bullying)

Norafiza , Awang (2015) Pembangunan motion graphics sebagai medium kempen kesedaran buli siber (cyber bullying). [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Penggunaan motion graphics tidak terhad sebagai elemen pembukaan dalam sesebuah cerita mahupun video produksi sahaja,malahan boleh digunakan sebagai medium ataupun perantaraan untuk memberi nasihat,pendidikan dan pengajaran melalui paparan visual yang mengandungi seribu satu pengertian.Secara tidak langsung,penggunaan animasi motion graphics sebagai medium dalam kempen kesedaran buli siber adalah tepat sebagai alat perantaraan untuk mendidik dan memberi nasihat kepada masyarakat selain mampu membantu perkembangan dunia animasi negara.Unsur kemanusiaan yang terdapat dalam animasi mampu menarik minat dan perhatian para penonton melalui paparan visual yang menarik dan lembut.Terdapat pelbagai cara untuk memaparkan animasi dan kaedah yang paling laris untuk mempromosikan animasi adalah secara filem,wayang,televisyen dan sebagainya.Hasil kajian ini mendapati bahawa penerimaan masyarakat terhadap kempen ini adalah positif dan mereka menyatakan bahawa melalui kempen ini mereka baru mengetahui tentang masalah buli siber.Perkembangan animasi sebagai medium kempen kesedaran buli siber dapat diperluaskan lagi untuk kepentingan bersama.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 16 Nov 2016 08:24
Last Modified: 16 Nov 2016 08:24
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6023
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item