Booklet pesta wau antarabangsa 2014

Norsalmira , Mohd Nordin (2015) Booklet pesta wau antarabangsa 2014. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Pesta Wau Antarabangsa telah diadakan sejak tahun 1982 lagi.Selepas itu,ianya telah dijadikan sebagai salah satu aktiviti promosi pelancongan tahunan bagi negeri Kelantan.Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2014 ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Negeri Kelantan(TIC)dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Kelantan,Tourism Malaysia Kelantan,Persatuan Layag-Layang Kelantan(PELAYANG) dan Majlis Pelayang Malaysia.Pesta ini juga akan melibatkan jabatan serta agensi kerajaan dan pihak swasta.Kawasan kajian ini merangkumi di kawasan Pantai Geting,Tumpat Kelantan.Objektif kajian ini adalah untuk memberi maklumat kepada orang ramai berkaitan festival Pesta Wau Antarabangsa yang diadakan pada setiap tahun di Pantai Geting,Tumpat Kelantan.Objektif yang kedua adalah untuk menghasilkan booklet tahunan tentang pesta wau antarabangsa.Melalui analisis yang dilakukan,mendapati bahawa maklumat yang berkaitan pesta wau antarabangsa tidak banyak dan tidak disimpan sebagai bahan bacaan.Selain itu,aturcara atau tentatif program tidak diedarkan kepada pengunjung yang hadir.Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam melakukan kajian ini iaitu dengan menggunakan kaedah temu bual,kajian lapangan dan rujukan perpustakaan.Kajian ini dapat dikukuhkan lagi dengan menjalankan kajian di kawasan lapangan tersebut iaitu Pantai Geting,Tumpat Kelantan.Hasil daripada analisis atau kajian ini telah menghasilkan satu produk iaitu booklet atau buku kecil untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai yang hadir.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 16 Nov 2016 10:56
Last Modified: 16 Nov 2016 10:56
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6015
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item