Pembangunan web interaktif Wan Su Othman dalam seniman ukiran.

Norshahira, Ab. Rahman (2015) Pembangunan web interaktif Wan Su Othman dalam seniman ukiran. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Pembangunan web interaktif Wan Su Othman adalah projek penyelidikan mengenai aplikasi multimedia web interaktif yang dibangunkan untuk mempromosikan ukiran kayu Wan Su Othman.Persembahan multimedia ini memerlukan penyelidikan yang bukan shaja kepada kemahiran membangunkan aplikasi ini bahkan memerlukan kajian terhadap sejarah ukiran kayu Wan Su Othman.Pendekatan holistik digunakan dalam menjalankan kajian ini iaitu melalui kajian kualitatif dan kuantitatif.Kajian kualitatif ini dibuat dengan kaedah pemerhatian dan kajian kuantitatif pula adalah melalui borang soal selidik.Web interaktif menggunakan konsep minimalis dan tradisional yang mempamerkan konsep 'simple' dan ada unsur tradisional ukiran yang membawa makna sederhana dan tidak terlalu kompleks.Warna yang digunakan untuk menghasilkan medium ini ialah kuning dan coklat.Warna kuning melambangkan semangat dan kekuatan pada sesuatu reka bentuk yang dihasilkan.Manakala warna coklat juga melambangkan sifat 'natural'.Tipografi yang digunakan pada tajuk dalam web interaktif Wan Su Othman pula ialah Trajan Pro,Century Gothic dan tipografi untuk semua teks ialah Century Gothic.Reka bentuk yang dihasilkan menggunakan tipografi yang jelas memudahkan proses pembaca untuk mengetahui dan memahami maklumat yang disampaikan.Oleh itu,pembaharuan web interaktif Wan Su Othman ini diharapkan dapat membantu untuk mengekalkan kesenian ukiran kayu.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 16 Nov 2016 10:55
Last Modified: 16 Nov 2016 10:55
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6012
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item