Pakaian Bussiness Wear berkonsepkan konsep Yin Yang

Ida Noor Idayu , Abdul halim (2015) Pakaian Bussiness Wear berkonsepkan konsep Yin Yang. Undergraduate project report, FTKW. (Submitted)

Abstract

Kajian ini berdasarkan konsep yin dan yang iaitu sebuah filosofi atau falsafah yang telah wujud sejak zaman pemerintahan Dinasti di China.Yin Yang mengandungi maksud yang sangat luas.Namun misteri yang ada disebalik simbol tersebut sudah banyak memberi inspirasi kepada tamadun manusia sehingga hari ini.Pemilihan konsep Yin dan Yang adalah disebabkan setelah mengkaji isu semasa mengenai kenaikan harga minyak.Maka melalui kajian tersebut negara yang dikesan berpotensi boleh meningkatkan permintaan ringgit Malaysia adalah negara China mengikut ranking rakan dagang Malaysia.Maka dengan itu tercetuslah tajuk kajian mengenai Pakaian 'business wear' berasaskan konsep Yin Yang.Pakaian 'business wear'pula membawa maksud bentuk gaya pemakaian pakaian yang dipakai oleh seseorang ahli perniagaan atau ahli korporat.Pakaian 'business wear'terbahagi kepada tiga jenis pakaian iaitu pakaian professional(professional dress),pakaian perniagaan kasual(business casual)dan pakaian perniagaan perjalanan jauh(business travel).Untuk membangkitkan imej eksklusif dan mewah,pemilihan teknik canting,sulaman dan tampal hias amatlah sesuai untuk menyerlahkan kreativiti dan tamapk kelainan.Manakal penggunaan 'colour blocking' yang selari dengan konsep Yin Yang dijadikan penegasan warna dan reka letak motif pada pakaian perniagaan bersifat konservatif untuk menonjolkan karakter kaliber dan berani yang terpancar melalui kesan atau personaliti wArna yang dekat dengan jiwa seseorang ahli perniagaan.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Mohd Hafiz Bin Drahman
Programme: Tekstil dan Fesyen
Deposited By: Mr Fadzli Ismail
Date Deposited: 16 Nov 2016 10:55
Last Modified: 16 Nov 2016 10:55
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/6008

Actions (login required)

View Item View Item