Seni ukiran kayu tradisional Kelantan - manifestasi nilai pengukir

Ab. Aziz Shuaib, (2011) Seni ukiran kayu tradisional Kelantan - manifestasi nilai pengukir. In: UNSPECIFIED. (Unpublished)

[img]
Preview

Download (561Kb) | Preview

Abstract

Kehalusan seni ukir kayu di Kelantan terbukti tinggi nilainya terutama ukiran tradisional. Seni ukiran kayu adalah di antara media pengucapan seni orang Melayu dahulu kala. Justeru, seni orang Melayu terdapat pada aksesori dan perhiasan wanita, peralatan dapur, perkakasan pertukangan, senibina dan peralatan pertanian. Bahan emas, perak, tembaga, besi, kayu dan buluh adalah di antara media asas yang digunakan dan bersesuaian dengan fungsi. Kehalusan ukiran kayu dari segi pembuatannya setanding dengan mutu yang terdapat pada ukiran logam terutama kraf tembaga, perak dan emas. Motif dan corak yang digunakan dalam ukiran membayangkan kefahaman intelektual pengukir. Kefahaman pengukir terhadap jenis kayu yang digunakan membuktikan keperihatinan pengukir terhadap nilai setiap ukiran yang dihasiklan. Pemilihan motif ukiran adalah berlandaskan kesesuaian fungsi dan tempat bahan hasil itu diguna dan pegangan hidup pengukir. Kertas kerja ini cuba mengaitkan pengukir dengan suasana persekitaran yang mempengaruhi pemikiran dan nilai pengukir. Suasana sosio budaya secara makro dan mikro yang mungkin ada kaitan dengan hasil seni sezaman juga dikaji.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Pengukir - Pengaruh persekitaran - Nilai
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 21 Jun 2012 09:45
Last Modified: 02 Oct 2012 10:46
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/537

Actions (login required)

View Item View Item