The effect of financial factors on general takaful demand among small and medium entreprises in Malaysia

Fauzilah Salleh, (2015) The effect of financial factors on general takaful demand among small and medium entreprises in Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

[img]
Preview
Text
PHD FAUZILAH SALLEH.pdf

Download (423kB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan faktor-faktor kewangan terhadap permintaan Takaful Am di kalangan perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia. Kajian terhadap faktor kewangan akan memberi maklumat yang bernilai kepada pengendali Takaful dalam menentukan dan meningkatkan permintaan Takaful Am di kalangan PKS. Kajian literatur telah mengenalpasti empat faktor utama kewangan yang boleh menentukan permintaan insurans korporat dan menerangkan model Takaful Am. Keempat-empat faktor tersebut adalah leveraj, kadar pertumbuhan perusahaan, kos kebankrapan dan kadar cukai. Kajian ini menggunakan model yang sama untuk mengkaji kesan faktor kewangan, persepsi terhadap risiko yang diinsuranskan dan kecenderungan mengambil risiko yang mempunyai hubungan dengan permintaan Takaful Am. Kajian ini signifikan dari segi teori kerana ianya bertujuan untuk membuktikan bahawa andaian konvensional yang mengatakan bahawa faktor kewangan hanya memberi kesan kepada permintaan terhadap insurans adalah tidak mencukupi untuk menerangkan model permintaan Takaful Am dalam konteks ekonomi kewangan. Satu penjelasan yang lebih tepat yang menggabungkan pembolehubah „persepsi terhadap risiko yang diinsuranskan' dan 'kecenderungan mengambil risiko' telah digunakan untuk menjelaskan model permintaan Takaful Am. Oleh itu, antara objektif kajian adalah untuk mengkaji peranan “mediator” (persepsi terhadap risiko yang diinsuranskan) dan “moderator” (kecenderungan mengambil risiko), dua pembolehubah yang mempunyai hubungan dengan faktor-faktor kewangan PKS dan permintaan Takaful Am di kalangan PKS Malaysia.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Faculty: Faculty of Entrepreneurship and Business
Depositing User: Mrs Shazwani Mohd Ezazi
Date Deposited: 06 Jan 2016 04:31
Last Modified: 30 Dec 2018 03:49
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/5059
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item