Kempen kesedaran awam pengurusan sisa pepejal: analisis kempen berasaskan pendekatan islam dalam kalangan masyarakat islam di Kelantan

Affendi Ismail, (2015) Kempen kesedaran awam pengurusan sisa pepejal: analisis kempen berasaskan pendekatan islam dalam kalangan masyarakat islam di Kelantan. PhD thesis, University Malaysia Kelantan.

[img]
Preview

Download (418Kb) | Preview

Abstract

Pengurusan sisa pepejal telah menjadi satu masalah alam sekitar yang serius di bandar-bandar utama di seluruh dunia, termasuk bandar-bandar di Malaysia. Negeri Kelantan turut menghadapi masalah yang sama dengan kadar penjanaan sisa yang semakin meningkat, manakala kualiti pengurusan yang masih lagi rendah. Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilancarkan oleh pihak kerajaan, namun gagal mengubah sikap dan tingkah laku negatif masyarakat awam. Krisis pengurusan sisa pepejal lebih berkait dengan persoalan etika dan moral manusia. Oleh itu, suatu kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan krisis ini selain daripada kaedah sedia ada ialah melalui pendekatan agama. Kajian ini bertujuan mengenal pasti sikap dan penerimaan masyarakat Islam terhadap aplikasi pendekatan Islam dalam kempen kesedaran pengurusan sisa pepejal. Sebelum itu, kandungan kempen semasa meliputi pendekatan kempen, saluran media dan tema-tema slogan kempen turut dikaji bagi mengukur tahap keberkesanannya. Bagi mencapai matlamat ini, satu kajian dijalankan terhadap 520 responden dalam kalangan masyarakat Islam di Kelantan

Item Type: UMK Thesis (PhD)
Subject Heading: Agricultural waste - By - products
Subject Heading: Refuse and refuse disposal
Faculty: Centre for Modern Languages and Generic Development
Supervisor: Prof. Madya Dr. Mohd. Rafi Yaacob
Programme: Ijazah Doktor Falsafah
Deposited By: Mrs Shazwani Mohd Ezazi
Date Deposited: 06 Jan 2016 04:30
Last Modified: 06 Jan 2016 04:30
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/5058

Actions (login required)

View Item View Item