Penilaian semula terhadap andaian-andaian dalam ekonomi islam : satu kajian awal

Mohd Zulkifli Muhammad, (2012) Penilaian semula terhadap andaian-andaian dalam ekonomi islam : satu kajian awal. In: Workshop Antarabangsa Pembangunan Berteraskan Islam V (WAPI-5), 10 April 2012, Medan, Indonesia. (Unpublished)

[img]
Preview

Download (69Kb) | Preview

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk menyediakan kajian awal terhadap penilaian semula andaianandaian ekonomi di dalam sistem ekonomi Islam. Andaian-andaian tersebut yang diambil daripada sistem ekonomi lazim terbahagi kepada dua andaian, iaitu sumber alam adalah terhad (scarcity of resources) dan kemahuan manusia tidak terhad (unlimited wants). Kertas kerja ini cuba menganalisis sejauh mana andaian-andaian dalam ekonomi Islam ini berpaksikan kepada ketauhidan terhadap Allah S.W.T. dan selari dengan tasawur Islam. Ini dilakukan melalui kajian terhadap pandangan beberapa ahli ekonomi Islam. Analisis kandungan dan kaedah perpustakaan digunakan dalam mencapai hasrat ini. Kajian awal ini mendapati bahawa andaian-andaian ekonomi Islam yang sedia ada tidak menepati konsep ketauhidan kepada Allah S.W.T. dan tasawur Islam yang sebenar. Implikasi daripada dapatan kajian ini ialah perlunya satu kajian yang komprehensif dilakukan bagi membina satu resolusi baru dalam andaian-andaian ekonomi Islam yang betul.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Andaian-andaian ekonomi Islam - Sumber alam adalah terhad - Kemahuan manusia tidak terhad.
Faculty: Faculty of Entrepreneurship and Business
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 18 Jun 2012 10:03
Last Modified: 22 Oct 2012 09:32
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/504

Actions (login required)

View Item View Item