Reka bentuk dan ragam hias tembikar mambong : satu perbandingan lama dan baharu

Siti Mariam Mat Nor, (2015) Reka bentuk dan ragam hias tembikar mambong : satu perbandingan lama dan baharu. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

[img]
Preview

Download (742Kb) | Preview

Abstract

Kajian ini memberi tumpuan terhadap isu reka bentuk dan ragam hias terhadap Tembikar Mambong. Di antara jenis-jenis Tembikar Mambong yang dihasilkan adalah belanga, periuk, buyung, geluk, periuk , guri tanah dan bekas perasapan .Kebiasaannya, ragam hias dan reka bentuk pada tembikar Mambong tidak sama pada tembikar baru dan lama. Walaupun terdapat kajian terhadap tembikar ini tetapi tiada lagi kajian perbandingan dilakukan untuk mengenal pasti warisan yang diperturunkan telah dimusnahkan, meningkat atau masih dikekalkan pada abad ke 21 ini. Perbandingan tembikar lama dan baru perlu dilakukan bagi mengetahui perkembangan reka bentuk, motif dan ragam hias pada produk tembikar. Kajian kes dalam kaedah kualitatif ini menggunakan teknik pemerhatian secara terus dan merekodkan segala perlakuan untuk mendapatkan data yang lengkap. Kaedah dokumentasi disertai dengan ilustrasi visual terperinci bagi mengkaji tembikar Mambong. Pengkaji menemu bual dengan suatu rangsangan umum, responden digalakkan memberi respon secara bebas. Data yang dikumpulkan akan dinilai dengan menggunakan Teori Feldman bagi setiap tembikar. Teori ini merangkumi empat fasa iaitu penerangan, analisis, interpertasi dan penilaian dari hasil penelitian produk. Data yang diperoleh dari Teori Feldman akan dibandingkan dengan menggunakan „Bereday Method‟ yang mempunyai empat fasa iaitu deskripsi, interpertasi , juxtaposition dan perbandingan. Hasil kajian ini didapati tembikar lama mempunyai hasil tangan yang halus dan mempunyai penuh makna yang tersirat. Kekemasan produk dan reka bentuknya unik dan kuat berbanding yang baru. Ragam hias motifnya pula yang sarat dan harmoni. Terdapat beberapa produk yang menggunakan acuan seperti bekas perasapan dan periuk kukusan di mana produk akhirnya tidak kemas. Jumlah motif yang terdapat pada tembikar lama dan baru adalah sebanyak 42 jenis, 39 jenis motif terdapat pada tembikar lama dan 3 motif hanya pada tembikar baru. Motif baru yang telah dihias pada tembikar Mambong ialah Daun Kecil, Bunga padi dan Huruf S, manakala motif yang dikekalkan adalah bunga pecah empat, gunungan timbul,gunungan tiga dimensi, daun, siku keluang, garisan selang seli titik- titik, titik-titik, bentuk V, selang seli berlapis dan pucuk rebung. Kesimpulannya, Pengurangan penggunaan motif dan ragam hias yang sedikit pada tembikar baru menyebabkan tempahan berkurang dan sambutan terhadap seni tembikar tradisional ini sangat rendah . Ini adalah petanda awal penggunaan seni tembikar melayu Kelantan menurun dan berkemungkinan akan dilupakan pada masa akan datang.

Item Type: UMK Thesis (Masters)
Subject Heading: pottery
Subject Heading: Art and design
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Dr. Iwan Zahar
Programme: Sarjana Sastera
Deposited By: Mrs Shazwani Mohd Ezazi
Date Deposited: 04 Jan 2016 11:41
Last Modified: 06 Jan 2016 02:12
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/5039

Actions (login required)

View Item View Item