Kesejahteraan sosial komuniti pesisir : kajian kes di Kampung Nelayan Kandis Bachok dan Kampung Baru Nelayan, Tumpat Kelantan

Zulfikri Abd. Wahab, (2015) Kesejahteraan sosial komuniti pesisir : kajian kes di Kampung Nelayan Kandis Bachok dan Kampung Baru Nelayan, Tumpat Kelantan. Masters thesis, University Malaysia Kelantan.

[img]
Preview

Download (349Kb) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji status kesejahteraan sosial komuniti pesisir di negeri Kelantan. Penelitian kesejahteraan sosial komuniti pesisir dilakukan berasaskan indikator pengurusan masalah sosial yang berlaku dalam komuniti pesisir, pemenuhan keperluan sosial dan penyediaan peluang sosial kepada komunti pesisir. Dalam kajian ini dua buah kampung telah dipilih, iaitu Kampung Nelayan Kandis, Bachok dan Kampung Baru Nelayan, Tumpat. Kedua-dua kampung ini merupakan penempatan semula komuniti pesisir di Jajahan Bachok dan Tumpat, Kelantan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Maklumat kajian telah dikumpul menggunakan borang soalselidik. Kajian ini melibatkan seramai 90 orang responden dari Kampung Nelayan Kandis dan 160 orang responden dari kampung Baru Nelayan Tumpat, Kelantan. Saiz sampel kajian bagi kedua-dua kampung tersebut adalah berasaskan saiz sampel yang dicadangkan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Kesemua responden kajian dikedua-dua kampung dipilih secara rawak dengan menggunakan Jadual Nombor Rawak. Maklumat kajian yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistik untuk Sains Sosial (SPSS). Secara keseluruhannya masalah sosial yang berlaku dalam komuniti pesisir dapat di kawal dan diurus oleh institusi formal dan komuniti sendiri. Walau bagaimanapun terdapat beberapa masalah sosial yang agak ketara yang berlaku dalam komuniti pesisir seperti pengangguran, kemiskinan, penyalahgunaan dadah, penggunaan pil khayal dan kecurian. Keperluan sosial komuniti pesisir juga secara umumnya telah berjaya dipenuhi. Walau bagaimanapun terdapat beberapa keperluan penduduk di kedua-dua kampung ini yang perlu ditambahbaik seperti keperluan terhadap aspek perkhidmatan pendidikan, peluang pekerjaan dan perkhidmatan kesihatan. Komuniti pesisir juga telah di sediakan dengan peluang-peluang sosial asas. Walaubagaimanapun penyediaan peluang sosial tersebut perlu ditambahbaik, terutamanya dalam aspek penyediaan peluang-peluang pekerjaan, pendidikan dan kemahiran kepada anak-anak dalam komuniti pesisir. Berdasarkan keadaan ketiga-tiga indikator kesejahteraan sosial yang diukur, iaitu pengurusan masalah sosial, pemenuhan keperluan sosial dan penyediaan peluang sosial dalam komuniti pesisir yang dikaji menunjukkan keadaan kesejahteraan sosial komuniti pesisir di Kelantan adalah memuaskan.

Item Type: UMK Thesis (Masters)
Subject Heading: Sosioeconomy
Subject Heading: Fisheries
Subject Heading: Entrepreneurship - Social entrepreneurship - Rural development
Faculty: Centre for Modern Languages and Generic Development
Supervisor: Dr. Yohan Kurniawan ,Dr. Norhisham
Programme: Ijazah Sarjana Sastera
Deposited By: Mrs Shazwani Mohd Ezazi
Date Deposited: 04 Jan 2016 12:52
Last Modified: 06 Jan 2016 02:30
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/5036

Actions (login required)

View Item View Item