Promosi panduan diet Malaysia 2010 : tahap pemahaman komuniti bandar dan luar bandar

Nurul Hafizah Yasin , and Nurul Aziah Ahmad, and NurHaiza Nordin, and Mohd Safwan Ghazali, and Nur Hazwani Abdullah , (2015) Promosi panduan diet Malaysia 2010 : tahap pemahaman komuniti bandar dan luar bandar. In: The Proceedings of The 4th International Seminar on Entrepreneurship and Business (ISEB 2015). Faculty of Entrepreneurship and Business,UMK, pp. 548-558. ISBN 9789670955032

[img]
Preview

Download (418Kb) | Preview

Abstract

Panduan Diet Malaysia edisi kedua telah diterbitkan pada tahun 2010 dengan 14 mesej utama. Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan tahap pemahaman 5 mesej utama Panduan Diet Malaysia 2010 dikalangan dewasa komuniti bandar dan luar bandar Kuala Terengganu. Seramai 356 orang subjek terdiri daripada 192 orang wanita dan 154 orang lelaki telah menyertai kajian ini. Borang soalselidik digunakan untuk mendapat data demografik dan untuk menentukan tahap pemahaman mesej utama Panduan Diet Malaysia. Keputusan kajian menunjukkan seramai 80.3% subjek tidak tahu akan kewujudan Panduan Diet Malaysia 1999 manakala 77.5% tidak tahu akan kewujudan Panduan Diet Malaysia 2010. Majoriti subjek di kawasan bandar mempunyai tahap pemahaman sederhana dengan min skor 56.0 ± 19.3 berbanding min skor tahap pemahaman di kawasan luar bandar iaitu kurang memuaskan 45.7 ± 15.9 . Sebanyak 53% hingga 97% subjek tidak faham akan kata kunci seperti saiz sajian, tabiat sedentari, minyak campuran dan lemak tepu. Kesimpulannya, Kumpulan Kerja Teknikal Garis Panduan Makanan perlu menggubal beberapa kata kunci dan ayat dalam mesej utama Panduan Diet Malaysia 2010 atau diringkaskan supaya lebih mudah difahami oleh orang awam di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Item Type: Book Section
ISBN: 9789670955032
Keywords: Panduan Diet,- Mesej utama - Tahap pemahaman - Komuniti bandar - Luar bandar.
Faculty: Faculty of Entrepreneurship and Business
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 31 Dec 2015 06:53
Last Modified: 31 Dec 2015 06:53
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/5020

Actions (login required)

View Item View Item