Sumbangan Che Su dan keluarga kepada pembangunan perusahaan batik di Kelantan

Nik Yusnita Nik Ahmed, (2015) Sumbangan Che Su dan keluarga kepada pembangunan perusahaan batik di Kelantan. Masters thesis, University Malaysia Kelantan.

[img]
Preview

Download (430Kb) | Preview

Abstract

Batik merupakan tekstil utama bagi Masyarakat Melayu dari dahulu sehingga ke hari ini. Kajian terhadap industri batik yang bertahan lebih 100 tahun dahulu pada tahun 2011, menggambarkan bahawa batik boleh diterima umum dari semasa ke semasa dan perkembangannya sentiasa mengikut arus globalisasi. Kajian yang dijalankan lebih tertumpu terhadap pengasas batik di Kelantan iaitu Haji Che Su bin Ishak yang masih ramai tidak mengetahui mengenai pelopor batik di Kelantan khasnya dan di Malaysia amnya ini. Che Su dan keluarga dipilih dalam kajian ini adalah kerana beliau merupakan orang yang pertama memperkenalkan batik di Kelantan. Wawancara bersama pewaris Che Su untuk mendapatkan maklumat mengenai sejarah diri beliau terutamanya ketika penglibatan awal dalam perusahaan batik sehingga kepada pewarisnya sekarang. Batik merupakan salah satu industri kreatif yang mampu menjana pendapatan ekonomi dalam Negara. Manakala, Haji Che Su merupakan salah seorang pengusaha yang kreatif pada waktu tersebut, kerana mampu menzahirkan pelbagai jenis corak batik tanpa bantuan alatan teknologi yang canggih seperti yang terdapat pada hari ini. Sumbangan beliau dalam dunia batik banyak memberi peluang pekerjaan kepada seluruh keluarga pembatik di Kelantan khasnya. Kajian ini telah membuktikan bahawa perindustrian batik yang dijalankan sejak tahun 1911, masih bertahan sehingga ke hari ini dan legasi perniagaan beliau telah dipimpin oleh pewarisnya sehingga ke generasi yang keempat, sekaligus kepada perkembangan kepada dunia batik selepas kemunculan perusahaan-perusahaan batik lain dalam negara. Seterusnya, melalui perusahaan batik yang dijalankan, mereka melakukan inovasi apabila turut mempelbagaikan kegiatan perusahaan dan kebanyakan daripada mereka bergiat aktif dalam bidang keusahawan.

Item Type: UMK Thesis (Masters)
Subject Heading: Textile fabrics
Subject Heading: Textile industry
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Prof. Madya Mohd. Najib Nor
Programme: Sarjana Sastera Pengajian Warisan
Deposited By: Mrs Shazwani Mohd Ezazi
Date Deposited: 03 Jan 2016 00:36
Last Modified: 06 Jan 2016 01:59
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/5012

Actions (login required)

View Item View Item