Characterization of nest structure, thermoregulation of hive and melissopalynology of geniotrigona thoracica smith (hymenoptera: apidae; meliponini)

Nur Farisya Mohd Saufi, (2015) Characterization of nest structure, thermoregulation of hive and melissopalynology of geniotrigona thoracica smith (hymenoptera: apidae; meliponini). Masters thesis, University Malaysia Kelantan.

[img]
Preview

Download (353Kb) | Preview

Abstract

Kajian mengenai struktur sarang lebah kelulut bagi spesis yang terpilih dapat memberi manfaat kepada industri kultur-meliponi. Kultur-meliponi adalah aktiviti menternak lebah kelulut. Genotrigona thoracica merupakan salah satu lebah kelulut yang bersaiz besar di Malaysia dan mempunyai nilai ekonomi dalam kultur-meliponi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti struktur sarang dan dinamik sarang, aktiviti keluar masuk dan masa kekerapan keluar masuk dan morphometri lebah pekerja; mengenalpasti suhu sarang dan analisis kebolehan termoregulasi; mengenalpasti jenis debunga di dalam madu, jenis madu yang dihasilkan dan kalendar debunga oleh G. thoracica. Koloni (n=3) G. thoracica digunakan dalam mengkaji struktur sarang dan dinamik sarang, aktiviti lebah kelulut keluar dari sarang dan kajian morphometri lebah pekerja, thermoregulasi dan melisopalinologi, iaitu analisis debunga di dalam madu. Persempelan telah dilakukan dari Julai 2013 sehingga Jun 2014 untuk kajian dinamik sarang serta aktiviti lebah kelulut keluar dari sarang, thermoregulasi dan melisopalinologi. Untuk kajian morphometri, sampel lebah pekerja telah diambil dari setiap sarang selama lima bulan bermula dari Februari 2013 sehingga Jun 2014. Hasil kajian menunjukkan struktur luaran sarang terbentuk seperti timbunan berwarna perang dan struktur dalaman sarang terdiri dari tiga komponen iaitu susunan telur yang dikelilingi oleh kantung madu dan debunga. Dinamik sarang G. thoracica berubah mengikut musim. Selain itu, waktu puncak bagi kekerapan G. thoracica keluar dari sarang adalah dalam tempoh 1000 jam sehingga 1200 jam. Dari kajian morphometri lebah pekerja, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan, p < 0.05 untuk bahagian anatomi dalam tempoh lima bulan persempelan. Kajian morphometri ini juga menunjukkan G. thoracica mempunyai kos penerbangan yang tinggi berbanding kos agressif. Keputusan termoregulasi menunjukkan G. thoracica tidak mempunyai keupayaan untuk termoregulasi dimana tiada perbezaan signifikan, p > 0.05 antara suhu sarang dengan suhu persekitaran. Selain itu, kajian melisopalinologi menunjukkan terdapat 30 debunga yang terdapat dalam sampel madu G. thoracica dan tiada perbezaan signifikan p > 0.05 antara debunga yang terdapat di dalam madu sepanjang tahun. Tambahan, dari hasil kajian melisopalinologi menunjukkan dua jenis madu yang dihasilkan oleh G. thoracica iaitu uniflora dan multiflora pada bulan yang berbeza sepanjang tahun. Kesimpulannya, ciri-ciri struktur sarang, kebolehan thermoregulasi dan melissopalinologi bagi G. thoracica telah diperolehi.

Item Type: UMK Thesis (Masters)
Subject Heading: Bee culture
Subject Heading: Bees Behavior
Faculty: Faculty of Agro - Based Industry
Call Number: QL 568 .N87 2015 tes
Programme: Master of Science
Deposited By: Mrs Shazwani Mohd Ezazi
Date Deposited: 04 Jan 2016 12:55
Last Modified: 08 Feb 2017 02:40
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/5010

Actions (login required)

View Item View Item