Optimization of lipased production using responsed surface methodology by a newly isolated, bacillus sp. UMK-HS6

Sharlina Mat Saad, (2015) Optimization of lipased production using responsed surface methodology by a newly isolated, bacillus sp. UMK-HS6. Masters thesis, University Malaysia Kelantan.

[img]
Preview

Download (363Kb) | Preview

Abstract

Sampel diperolehi daripada pelbagai sumber di sebuah kilang kelapa sawit yang terletak di Kulim, Kedah. Melalui ujian saringan menggunakan plat agar tributirin, bakteria yang menghasilkan enzim lipase akan membentuk zon hidrolisis. Kesemua 18 pencilan telah dikenalpasti berdasarkan kriteria seperti ciri morfologi, koloni dan sifat biokimia. Pencilan UMK-HS6 telah menghasilkan lipase yang maksimum (627 U/ml) dan dikenalpasti sebagai Bacillus cereus, sejenis bakteria Gram positif berbentuk rod melalui analisis 16S rRNA. Komposisi medium pertumbuhan yang optimum diperolehi daripada aplikasi Kaedah Gerak Balas Permukaan (Response Surface Methodology - RSM) ialah sebanyak 54.99g pepton, 2.92g natrium klorida serta 5.48ml minyak zaitun untuk penyediaan 1 liter yang boleh menghasilkan aktiviti lipase sebanyak 687 U/ml. Keadaan pengkulturan optimum dicapai apabila kepekatan inokulum Bacillus cereus UMK-HS6 yang diinokulasi ke dalam medium adalah sebanyak 7% pada keadaan pH 6.9 dengan kelajuan goncangan 234 psm selama 24 jam. Aktiviti lipase didapati meningkat melebihi 30% (1020 U/ml) menggunakan medium dan keadaan pengkulturan yang optimum. Enzim lipase ekstrasel kasar menunjukkan aktiviti yang maksimum pada nilai pH 6.0 dan suhu setinggi 30°C serta mempunyai kestabilan pada keadaan yang sama apabila dieramkan selama 25 jam.

Item Type: UMK Thesis (Masters)
Subject Heading: Lipase
Subject Heading: Lipase - Research
Subject Heading: Lipase - isolation & purification
Faculty: Faculty of Agro - Based Industry
Call Number: QP 609 .L5 S53 2015 tes
Supervisor: Prof. Dr. Hj. Ibrahim Che Omar
Programme: Master of Science (Bio-Industrial Technology)
Deposited By: Mrs Shazwani Mohd Ezazi
Date Deposited: 03 Jan 2016 00:40
Last Modified: 08 Feb 2017 02:43
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/5005

Actions (login required)

View Item View Item