Kajian analisis kandungan foto hitam putih masyarakat Melayu abad ke-19 karya Gustav Richard Lambert

Wan Lokman Wan Ahmad, (2015) Kajian analisis kandungan foto hitam putih masyarakat Melayu abad ke-19 karya Gustav Richard Lambert. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

[img]
Preview

Download (594Kb) | Preview

Abstract

Kajian analisis kandungan ini bertujuan untuk mentafsir imej-imej foto hitam putih masyarakat Melayu pada awal abad ke-19 yang telah dirakamkan oleh Gustav Richard Lambert di Tanah Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk: 1) mengenalpasti imej-imej foto hitam putih yang berkaitan dengan masyarakat Melayu karya G.R. Lambert, 2) menganalisis kandungan imej foto hitam putih masyarakat Melayu dengan menggunakan Model Barrett, dan 3) mengetahui konteks sejarah dan budaya masyarakat Melayu dari tahun 1850 hingga 1910 melalui imej foto. Sehubungan itu, kajian ini memfokuskan kepada imej foto berkaitan aktiviti masyarakat Melayu dari tahun 1850 sehingga 1910. Sebanyak 20 keping imej foto dipilih untuk dianalisa isi kandungannya dengan pendekatan kualitatif menggunakan metodologi analisis kandungan berdasarkan Model Barrett serta sesi temu bual dengan dua orang tokoh akademik. Hasil kajian ini mendapati bahawa imej foto yang dianalisa memaparkan tiga kategori utama iaitu; 1) aktiviti sosial dan budaya seperti kegiatan harian masyarakat Melayu, pemakaian busana tradisional, permainan alat muzik gamelan, rumah-rumah Melayu dan penggunaan alatan tradisional, 2) aktiviti ekonomi seperti penanaman padi, kopi, lada hitam, rotan dan perusahaan tenunan, dan 3) sistem pemerintahan Kesultanan Melayu termasuk golongan bangsawan serta hulubalang. Imej foto ini merupakan warisan yang sangat berharga untuk rujukan generasi masa kini dan akan datang. Walaupun G.R. Lambert bukan berbangsa Melayu, tetapi karya fotonya memberikan satu signifikasi yang unik dan membawa satu anjakan dalam pengenalan fotografi sebagai salah satu alat dan perantara dalam proses dokumentasi di Tanah Melayu.

Item Type: UMK Thesis (Masters)
Subject Heading: Remote sensing
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Dr. Iwan Zahar
Programme: Sarjana Sastera
Deposited By: Mrs Shazwani Mohd Ezazi
Date Deposited: 03 Jan 2016 00:40
Last Modified: 06 Jan 2016 02:04
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/5004

Actions (login required)

View Item View Item