Pengukuran personaliti keusahawanan dan prestasi perniagaan bahan binaan di Negeri Kelantan

Nurzaliza Mohd Noor, (2015) Pengukuran personaliti keusahawanan dan prestasi perniagaan bahan binaan di Negeri Kelantan. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

[img]
Preview
Text
ZALIZA IR.pdf

Download (457kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perhubungan antara ciri-ciri personaliti keusahawanan dan prestasi usahawan perniagaan bahan binaan di Negeri Kelantan. Personaliti keusahawanan dikaji dalam lima dimensi iaitu keperluan untuk pencapaian (motivasi), lokus kawalan, kesanggupan untuk mengambil risiko, keyakinan diri termasuk kreativiti dan inovasi. Bagi mencapai matlamat kajian ini, intrumen kajian untuk mengukur pembolehubah bersandar dan bebas telah dibentuk berdasarkan sorotan kajian. Pembolehubah bersandar yang terlibat dalam kajian ini adalah prestasi usahawan. Manakala personaliti keusahawanan bertindak sebagai pembolehubah bebas yang terdiri dari keperluan untuk pencapaian (motivasi), lokus kawalan, kesanggupan untuk mengambil risiko, keyakinan diri termasuk kreativiti dan inovasi. Data dianalisis secara deskriptif bagi mencari nilai min dan peratus. Soal selidik dibentuk dan diedarkan kepada 80 orang responden di sekitar daerah Kota Bharu, Pasir Puteh dan Machang. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program “Statistical Package for Social Science (SPSS)”. Keputusan-keputusan dari analisis menunjukkan prestasi usahawan berada pada tahap sederhana dan mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesemua ciri-ciri personaliti keusahawanan. Analisis regrasi menunjukkan bahawa ciri-ciri personaliti mempunyai hubungan yang positif dan pengaruh yang signifikan terhadap prestasi usahawan. Manakala ciri kreativiti dan inovasi adalah tidak signifikan pada model kajian. Berdasarkan penemuan tersebut, didapati ciri personaliti yang kritikal iaitu keperluan untuk pencapaian (motivasi), lokus kawalan, kesanggupan untuk mengambil risiko, keyakinan diri perlu ditanam di kalangan usahawan bahan binaan. Kajian ini berjaya menambahkan sorotan kajian di dalam bidang keusahawanan dan mampu menjadi sumber rujukan di dalam program-program latihan dan pembangunan keusahawanan.

Item Type: Thesis (Masters)
Faculty: Faculty of Entrepreneurship and Business
Depositing User: Mrs Shazwani Mohd Ezazi
Date Deposited: 31 Dec 2015 02:43
Last Modified: 30 Dec 2018 03:56
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/4998
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item