UMK Teraju : Tiga Tokoh Terima Anugerah Kehormat Sempena Majlis Konvokesyen Kedua UMK

Universiti Malaysia Kelantan, Pusat Hubungan Korporat dan Strategik (2012) UMK Teraju : Tiga Tokoh Terima Anugerah Kehormat Sempena Majlis Konvokesyen Kedua UMK. [Journal and Bulletin]

[img]
Preview

Download (73Mb) | Preview

Abstract

KEJAYAAN Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melahirkan 292 graduan pada Majlis Konvokesyen Kedua merupakan satu pencapaian amat membanggakan kerana sebagai sebuah univesiti muda yang sedang berkembang maju, UMK telah berjaya merintis kecemerlangan pelajar, penyeliaan dan pengurusan pengajian siswazah,” titah Sultan Kelantan, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad V selaku Tuanku Canselor UMK. Titah baginda, kejayaan para graduan pada majlis konvokesyen kedua ini merupakan permulaan kepada pelengkap pembangunan tamadun Malaysia yang maju, mempunyai nilai hidup yang berteraskan kepada prinsip yang berkualiti tinggi, adil dan saksama. Baginda bertitah, sebagai satu-satunya universiti di negara ini yang berteraskan keusahawanan, baginda percaya, kekuatan kepakaran dan sumber kemudahan yang dimiliki oleh UMK akan menghasilkan impak yang lebih besar kepada Negara dan masyarakat. “Dalam usaha menjayakan aspek keusahawanan itu,Universiti telah mengadakan inisiatif awal dengan pihak industri bagi meningkatkan tahap ekonomi rakyat dengan mewujudkan pusat penyelidikan keusahawanan dan inovasi yang dikenali sebagai Global Entrepreneur Research and Innovation Centre (GERIC).

Item Type: Journal and Bulletin
Deposited By: Mrs Shazwani Mohd Ezazi
Date Deposited: 29 Sep 2015 03:43
Last Modified: 29 Sep 2015 03:43
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/4822

Actions (login required)

View Item View Item