PM Tunai Janji, UMK Kampus Jeli Dapat RM 1 Juta

Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli (2012) PM Tunai Janji, UMK Kampus Jeli Dapat RM 1 Juta. [Photo Gallery]

[img]
Preview

Download (53Kb) | Preview

Abstract

AYER LANAS, 3 APRIL 2012 - Janji YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk membina sebuah Pusat Islam di kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli semasa mengumumkannya di majlis Bersama Pemimpin 2 Mac lalu di tunaikan. Ahli Parlimen Jeli, Dato' Pa yang mewakili YAB Perdana Menteri menyampaikan sumbangannya kepada Pengarah UMK Kampus Jeli, Profesor Dr. Haji Ibrahim Che Omar dalam satu majlis di Masjid Ayer Lanas baru-baru ini. Pusat Islam yang mendapat sumbangan YAB PM berjumlah RM 1 juta itu dilihat akan menjadi pusat perkembangan ilmu dan kefahaman Islam di dalam kampus dan sekitarnya selain akan menjadi pusat rujukan dan khidmat nasihat berkaitan hal ehwal Islam dan nilai-nilai murni dikalangan warga kampus dan sekitarnya.

Item Type: Photo Gallery
Deposited By: En. Shahrul Afzan Ibrahim
Date Deposited: 05 Jun 2012 12:16
Last Modified: 05 Jun 2012 12:16
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/420

Actions (login required)

View Item View Item