Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan

Wan Mohd Yusuff Wan Ibrahim, (2014) Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

[img]
Preview

Download (372Kb) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji hubungan antara faktor-faktor pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan dengan prestasi perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Negeri Kelantan. Sampel kajian ini terdiri daripada 220 buah organisasi yang dipilih secara rawak sistematik berdasarkan senarai organisasi PKS yang berdaftar dengan SMEcorp. Data dikumpul menggunakan set soalan soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.1 untuk mendapatkan maklumat mengenai demografi dan maklumat mengenai dimensi pengurusan melalui analisis deskriptif dan inferensi. Analisis data mendapati semua objektif terjawab dan semua hipotesis disokong. Organisasi boleh menggunakan elemen pengurusan sebagai mekanisme untuk meningkatkan prestasi organisasi dan menikmati kelebihan bersaing seterusnya menentukan kelestarian organisasi dalam jangka masa panjang.

Item Type: UMK Thesis (Masters)
Subject Heading: Entrepreneurship - Small business
Subject Heading: Entrepreneurship
Faculty: Faculty of Entrepreneurship and Business
Programme: Master of Entrepreneurship
Deposited By: Mrs Shazwani Mohd Ezazi
Date Deposited: 08 Apr 2015 02:35
Last Modified: 31 May 2015 13:50
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/4138

Actions (login required)

View Item View Item