Dramaturgi filem: peletakan produk dalam naratif filem-filem Melayu dan Hollywood

Fatimah Binti Muhd Shukri, (2014) Dramaturgi filem: peletakan produk dalam naratif filem-filem Melayu dan Hollywood. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

[img]
Preview
Text
FATIMAH IR.pdf

Download (405kB) | Preview

Abstract

Tesis kajian ini membincangkan isu peletakan produk dalam naratif filem yang memberi fokus kepada teori naratif Syd Field, dan model peletakan produk Rusell dan Shapiro. Syd Field membahagikan naratif kepada tiga bahagian utama yang dikenali sebagai Three-act Structure. Bahagian-bahagian tersebut adalah, Act 1: Set-up, Act 2: Confrontation, dan Act 3: Resolution yang masing-masing mempunyai prinsip tersendiri. Filem telah dinobatkan sebagai seni ke tujuh. Berdasarkan kepada fahaman ini, peletakan produk dalam naratif filem Melayu di Malaysia dilihat diletakkan secara tidak bersistematik yang akhirnya menyebabkan “gangguan” kepada naratif filem. Kajian ini menjalankan bacaan terhadap sepuluh buah filem yang masing-masing telah dicalonkan sebagai filem terbaik dan memenangi pelbagai anugerah kesenian. Sepuluh buah filem tersebut dibahagi kepada lima buah filem Melayu yang mewakili lima era filem di Malaysia, dan lima buah filem Hollywood yang dipilih mengikut peringkat tahun bermula dari tahun 1982 hingga 2012. Filem Hollywood di ambil bagi memberi contoh aplikasi peletakan produk dalam naratif. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, filem-filem Melayu di Malaysia tidak memperlihatkan pengaplikasian produk seperti yang disarankan oleh Shapiro dan Russell sehingga pada tahun 1980. Kesimpulannya, industri filem Malaysia kini sedang mempelajari kaedah-kaedah pembikinan dan pemasaran Hollywood yang dilihat menguntungkan industri perfileman mereka. Kajian akan datang harus menjurus kepada membantu industri filem Malaysia berfikiran lebih kritis dan inovatif untuk merapatkan jalinan pemasaran ke peringkat global bersama-sama menghasilkan karya yang kreatif dan berpandangan jauh.

Item Type: Thesis (Masters)
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mrs Shazwani Mohd Ezazi
Date Deposited: 07 Apr 2015 03:04
Last Modified: 26 Apr 2015 06:32
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/4086
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item