Kerjaya dalam sektor hospitaliti:sikap dan persepsi pelajar IPT

Mohd Fadil Mohd Yusof, and Jasmine Zea Raziah Radha, (2010) Kerjaya dalam sektor hospitaliti:sikap dan persepsi pelajar IPT. In: UNSPECIFIED.

[img]
Preview

Download (101Kb) | Preview

Abstract

Industri hospitaliti mewujudkan banyak peluang pekerjaan di samping meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Badan-badan pelancongan dunia mengiktiraf kejayaan Malaysia dalam sektor ini dan meramalkan Malaysia berpotensi menjadi salah sebuah sebuah destinasi pelancongan terulung di rantau ini. Sektor perhotelan, perkhidmatan makanan dan minuman dan sebagainya memerlukan ramai tenaga kerja yang mahir dan berpengetahuan tinggi. Kertas kerja ini mengetengahkan beberapa isu yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dalam industri hospitaliti. Walaupun graduan dalam bidang pelancongan dan hospitaliti semakin bertambah dari tahun ke tahun, masalah kekurangan pekerja dalam sektor ini masih lagi berleluasa. Berdasarkan sorotan literatur, graduan bidang hospitaliti kurang berminat untuk bekerja dalam sektor ini dan sebaliknya memilih untuk bekerja dalam sektor lain. Fenomena ini perlu dikaji secara mendalam. Justeru, kertas kerja ini yang bersandarkan pada kajian awalan dan kajian-kajian lain yang relevan menerangkan beberapa faktor yang mempengaruhi sikap dan persepsi pelajar institusi pengajian tinggi terhadap kerjaya dalam sektor hospitaliti. Objektif kajian awalan ini di antaranya ialah untuk mendapatkan pandangan umum pelajar dan persepsi mereka terhadap kerjaya dalam bidang ini. Dapatan kajian menunjukkan yang faktor agama dan status sosial juga mempengaruhi persepsi dan sikap pelajar terhadap kerjaya dalam sektor ini. Faktor-faktor lain yang dinyatakan oleh pelajar ialah beban kerja, gaji dan insentif yang kurang menarik. Pihak-pihak yang berkepentingan perlu memikirkan permasalahan ini dengan lebih serius bagi memperkasakan lagi industri ini di masa hadapan.

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Keywords: Kerjaya Hospitaliti - Pendidikan Hospitaliti - Pelajar IPT - Malaysia
Faculty: Faculty of Entrepreneurship and Business
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 28 May 2012 16:33
Last Modified: 04 Feb 2013 11:35
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/396

Actions (login required)

View Item View Item