Sheath blight development in high- yielding rice varieties under different levels of nitrogen

Siti Nabillah Ab Rahman, (2013) Sheath blight development in high- yielding rice varieties under different levels of nitrogen. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

[img]
Preview

Download (270Kb) | Preview

Abstract

Hawar seludang yang berpunca daripada Rhizoctonia solani Kuhn merupakan salah satu penyakit padi yang harus dipandang serius. Penggunaan baja N dan varieti mempengaruhi pertumbuhan, perkembangan penyakit hawar seludang dan hasil tanaman padi. Kajian ini dijalankan untuk menentukan perkembangan penyakit hawar seludang terhadap varieti-varieti padi berhasil tinggi dan hubungannya dengan pengurangan hasil pada kadar pembajaan N berbeza. Enam daripada varieti padi berhasil tinggi yang telah diperkenalkan di Malaysia iaitu MR 84, MR 167, MR 185, MR 219, MR 220 dan MR 232 ditanam dan diberikan empat perlakuan kadar N iaitu 0, 60, 120 dan 180 kg N ha-1 dibawah persekitaran terkawal. Inokulasi penyakit telah dilakukan terhadap setiap pokok dalam pasu yang perlu diinokulasi bagi mendapatkan pertumbuhan penyakit yang seragam. Pertumbuhan pokok dari segi tinggi dan bilangan anak diukur pada setiap tempoh 13 hari. Tahap perkembangan penyakit diukur berdasarkan perubahan tinggi relatif penyakit dan indeks penyakit hawar seludang terhadap pokok yang diinokulasi pada 10 hari selepas tempoh pembungaan. Ukuran terhadap ciri-ciri morfologi (tinggi pokok, bilangan anak per pasu dan indeks luas daun), hasil dan peratus pengurangan hasil juga dilakukan.

Item Type: UMK Thesis (Masters)
Call Number: SB 608 .R5 S58 2013 tes
Supervisor: Prof. Dr. Ahmad Anwar Bin Mohd Ismail
Programme: Master of Science (Agro Technopreneurship)
Deposited By: Mrs Shazwani Mohd Ezazi
Date Deposited: 16 Feb 2015 04:27
Last Modified: 08 Feb 2017 03:05
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/3841

Actions (login required)

View Item View Item