Politik pentadbiran di Malaysia:satu kajian kes mengenai kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)

Iskandar Hasan Tan Abdullah, (2013) Politik pentadbiran di Malaysia:satu kajian kes mengenai kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009). PhD thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

[img]
Preview

Download (278Kb) | Preview

Abstract

Model Politik Pentadbiran adalah bidang baru yang dikaji oleh pengkaji di Malaysia. Satu bentuk konsep kepimpinan politik pentadbiran baru dapat dilahirkan melalui model politik pentadbiran. Objektif kajian adalah tertumpu kepada pembinaan model politik pentadbiran dan konsep kepimpinan kajian ini berteraskan kepada konsep kepimpinan politik pentadbiran Y.A.Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi (Abdullah). Karya ini meneroka penilaian empirik terhadap model kepimpinan politik pentadbiran Abdullah yang berjaya menghalang konflik melalui perbincangan dan rundingan. Kajian ini menggunakan ujian korelasi, analisis faktor dan ujian regresi bagi dapatan kajian kuantitatif. Bagi menentukan model kepimpinan politik pentadbiran Abdullah maka pemboleh ubah gaya kepimpinan, pendekatan politik jentera pentadbiran, dasar politik pentadbiran, pemikiran politik pentadbiran dan perwatakan personaliti beliau digunakan oleh pengkaji. Data primer diperolehi menggunakan soal selidik dan temu bual dengan pengundi dikerusi Parlimen Kepala Batas.Data sekunder dikumpulkan melalui penyelidikan perpustakaan dan dokumentasi data mengenai kepimpinan politik pentadbiran Abdullah.

Item Type: UMK Thesis (PhD)
Subject Heading: Malaysia - Politics and government
Faculty: Centre for Modern Languages and Generic Development
Supervisor: Professor Ahmad Atory
Programme: Ijazah Doktor Falsafah
Deposited By: Mrs Shazwani Mohd Ezazi
Date Deposited: 16 Feb 2015 03:15
Last Modified: 26 Apr 2015 07:21
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/3833

Actions (login required)

View Item View Item