Persepsi komuniti setempat terhadap penjenamaan Kota Bharu sebagai bandar raya islam: satu tinjauan umum.

Mohd Fadil Mohd Yusof, (2011) Persepsi komuniti setempat terhadap penjenamaan Kota Bharu sebagai bandar raya islam: satu tinjauan umum. In: UNSPECIFIED.

[img]
Preview

Download (117Kb) | Preview

Abstract

Negeri Kelantan terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya dengan keunikan budaya, keenakan makanan tradisional dan keramahan para penduduknya. Kelantan adalah sebuah negeri yang agak konservatif dan terpinggir daripada segi pembangunan fizikal dan ekonominya. Namun begitu, Kelantan terkenal dengan jolokan Serambi Mekah iaitu kebanyakan masyarakatnya menitikberatkan pembudayaan agama Islam dalam amalan kehidupan harian. Antara strategi yang dirancang oleh kerajaan negeri bagi membangunkan Kelantan sebagai sebuah negeri yang membangun bersama Islam ialah dengan menjadikan Kota Bharu sebagai bandaraya Islam. Justeru, berdasarkan kajian yang sedang dibuat (research in progress), kertas kerja ini menerangkan proses penjenamaan bandar Kota Bharu sebagai bandaraya Islam dan implikasinya daripada segi ekonomi dan sahsiah penduduk sekitarnya. Kertas kerja ini juga mengenal pasti faedah-faedah yang diperolehi oleh penduduk melalui proses penjenamaan ini dan kerajaan negeri daripada segi pembangunan ekonomi komuniti setempat terutamanya dalam membangunkan sektor pelancongan negeri. Ia turut melaporkan persepsi penduduk sekitar Kota Bharu mengenai konsep bandaraya Islam yang diketengahkan oleh kerajaan negeri daripada segi pemahaman dan kebaikan konsep bandaraya Islam terhadap komuniti. Kaedah kajian yang digunakan ialah temu bual mendalam semi berstruktur. Untuk kajian ini, penulis telah menemu bual penduduk di sekitar Kota Bahru dengan berpandukan beberapa soalan yang berkaitan. Hasil kajian setakat ini menunjukkan majoriti responden masih kurang jelas dengan konsep bandaraya Islam dan faedah-faedah yang diperolehi melalui proses penjenamaan ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Keywords: Penjenamaan bandar - Pelancongan - Masyarakat bandar - Kelantan
Faculty: Faculty of Entrepreneurship and Business
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 28 May 2012 15:06
Last Modified: 04 Feb 2013 11:34
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/380

Actions (login required)

View Item View Item