Memahami kedudukan islam dan melayu dalam Perlembagaan Persekutuan :cabaran pendidikan melayu dalam perspektif hubungan etnik

Nik Yusri Musa, and Aminurraasyid Yatiban , and Nazri Muslim, (2011) Memahami kedudukan islam dan melayu dalam Perlembagaan Persekutuan :cabaran pendidikan melayu dalam perspektif hubungan etnik. In: Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SEPMA) II, 29 - 31 Mac 2012, Putrajaya, Kuala Lumpur.

Abstract

Kertas kerja ini membicarakan perkara yang berkaitan dengan islam dan dan orang melayu sebagaimana peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai suatu subjek yang sangat penting untuk difahami dalam usaha menilai cabaran dan perkembangan Pendidikan Melayu. Peruntukan islam sebagai agama persekutuan, hak kebebasan beragama, penetapan hal ehwal islam sebagai sesuatu yangterletak dalam bidang kuasa negeri, kedudukan raja-raja sebagai ketua agama dan perbentukan Majlis Agama Islam untuk membantu menjalankan kuasa-kuasa tertentu.Manakala peruntukan orang melayu seperti kedudukan istimewa orang Melayu, tanah rizab Melayu, Rejimen Melayu di Raja dan persempadanan kawasan pilihanraya. Analisis menunjukkan islam dalam perlembagaan itu bukan sahaja hanya terkandung dalam perkara 3, tetapi ia juga harus dibaca bersama dengan Perkara 8,11,12,121,150 dan kedudukan Yang di Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam.Manakala analisis menunjukkan peruntukan orang melayu bukan sahaja setakat dalam Perkara 153, tetapi juga terangkum dalam Perkara 8(5e),Perkara 89 dan 90 dan Jadual Ketigabelas mengenai persempadanan kawasan pilihanraya.Kesimpulan secara umumnya menunjukkan bahawa islam dan orang Melayu mempunyai keistimewaan dari agama lain di Malaysia. Orang Melayu pula mempunyai kelebihan dari orang bukan Melayu serta dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Apakah situasi tersebut mengugat keadilan atau kesamarataan yang perlu dikecapi bersama oleh rakyat Malaysia yang pelbagai sifatnya? Bagaimana impak kefahaman ini mampu diterjemah dalam mendepani cabaran pendidikan Melayu yang turut berkait langsung dengan kepelbagaian etnik yang sedia ada di tanah air? Perbincangan kertas kerja ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama mengenai peruntukan islam dalam perlembagaan dan bahagian kedua menyentuh tentang peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan. Perbincangan dalam kertas kerja ini juga akan memfokuskan perspektif

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Faculty: Centre for Modern Languages and Generic Development
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 22 May 2012 12:32
Last Modified: 04 Feb 2013 10:04
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/349

Actions (login required)

View Item View Item