Pelestarian gambus: tradisi persembahan kumpulan gambus di Johor

Mohd Nizam Attan, (2014) Pelestarian gambus: tradisi persembahan kumpulan gambus di Johor. In: Proceedings of the 1st International Music and Performing Arts Conference (IMPAC2014) , 19-21 November 2014, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. (Unpublished)

[img]
Preview

Download (5Mb) | Preview

Abstract

Persembahan muzik gambus di Malaysia banyak didapati dalam bentuk ensembel dan gambus memainkan peranan utama. Keunikan gambus dalam ensembel-ensembel seperti kumpulan gambus, kumpulan samrah, zapin, ghazal dan nasyid menjadikan gambus sebuah alat muzik yang unik dan mewarnai persada muzik tanahair. Penulisan ini bertujuan membentangkan hasil kajian khusus kepada tradisi persembahan kumpulan muzik gambus yang terdapat di negeri Johor. Penulisan ini akan menumpukan kepada persiapan sesebuah kumpulan gambus sebelum memulakan persembahan, ketika membuat persembahan dan selepas selesai sesebuah persembahan. Untuk itu, penulisan ini akan memberi penerangan mengenai tempahan persembahan, peralatan muzik yang digunakan, para pemuzik, penyanyi, latihanlatihan yang dijalankan, pengangkutan, bayaran upah, jenis-jenis lagu, kostum dan tarian yang terdapat pada sesebuah persembahan kumpulan gambus tersebut. Penulisan adalah dalam bentuk deskriptif berdasarkan kajian lapangan. Penulisan ini hanya memberi fokus kepada kumpulan gambus Nurulhilal dari Rengit, Batu Pahat, Johor. Penulisan ini diharapkan dapat membantu pengkaji seterusnya dalam menggali pengetahuan dalam bidang muzik gambus serta membantu pelestariannya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Gambus - Tradisi persembahan gambus - Kumpulan gambus - Samrah - Muzik sinkretik
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 17 Dec 2014 13:20
Last Modified: 17 Dec 2014 13:47
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/3362

Actions (login required)

View Item View Item