Faktor individu sebagai komponen menyumbang kepada penciptaan perniagaan baharu usahawan E-Dagang

Ahmad Firdause Md Fadzil, and Mohd Rafi Yaacob, (2014) Faktor individu sebagai komponen menyumbang kepada penciptaan perniagaan baharu usahawan E-Dagang. In: Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke - 9 PERKEM 2014. Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, pp. 451-458. ISBN 2231 962X

[img]
Preview

Download (66Kb) | Preview

Abstract

Kajian berkenaan usahawan sebagai salah satu komponen utama yang menyumbang kepada bidang keusahawanan terutamanya bagi penciptaan perniagaan baharu telah banyak diketengahkan oleh penyelidik lepas. Usahawan dilihat mempunyai ciri-ciri kualiti dan berbeza jika dibandingkan dengan mereka yang lain bukan usahawan. Oleh itu, timbulnya beberapa pendekatan yang melihat kepada psikologi usahawan seperti kognitif, personaliti, motivasi dan bukan psikologi yang melihat kepada struktur demografik, geografi dan industri telah melahirkan penciptaan perniagaan baharu oleh usahawan. Namun kajian berkenaan ciri-ciri usahawan e-dagang masih kurang diperdebatkan walaupun telah menyumbang sebahagian besar kepada bidang keusahawanan kini terutamanya penciptaan kepada nilai ekonomi kepada sesebuah negara. Matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti bagaimana psikologi iaitu bersandarkan kepada ciri-ciri personaliti usahawan e-dagang telah menyumbang kepada penciptaan perniagaan baharu di Malaysia. Dengan mengunakan pendekatan secara kajian kes dengan mEnggunakan kaedah pengumpulan data secara temubual seramai enam usahawan e-dagang yang bermula pada bulan Mei 2013 sehingga April 2014 telah mengenalpasti terdapat beberapa ciri-ciri personaliti usahawan sebagai komponen individu menyumbang kepada penciptaan perniagaan baharu di Malaysia. Hasil dapatan kajian ini telah mendapati penyumbang kepada penciptaan perniagaan baharu oleh usahawan secara e-dagang di Malaysia adalah berdasarkan kreativiti, kesediaan bagi menanggung risiko, berpandangan kehadapan, keinginan kebebasan, toleransi terhadap kekaburan telah mendokong kuat kepada justifikasi penciptaan perniagaan baharu. Oleh itu, kerajaan yang berperanan mengalakkan aktiviti keusahawanan bagi melahirkan peluang perniagaan baharu dalam negara perlu menerapkan elemen ini agar dapat meningkatkan nilai pembangunan ekonomi negara melalui kemunculan perniagaan baru kelak

Item Type: Book Section
ISBN: 2231 962X
Keywords: Keusahawanan - Perniagaan - E-dagang - Psikologi dan Ekonomi
Faculty: Faculty of Entrepreneurship and Business
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 02 Dec 2014 06:54
Last Modified: 02 Dec 2014 06:54
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/3254

Actions (login required)

View Item View Item