Komputer dan seni di era globalisasi : peranan dan cabaran

Ahamad Tarmizi Azizan, and Zoolcaphly Sahib, (2009) Komputer dan seni di era globalisasi : peranan dan cabaran. In: UNSPECIFIED. (Unpublished)

[img]
Preview

Download (376Kb) | Preview

Abstract

Globalisasi merupakan satu fenomena yang sedang melanda dunia pada masa kini. Bertolak dari hal ini, semua bidang menerima impak yang ketara, khususnya disiplin ilmu seni. Di Malaysia disiplin ilmu seni menunjukkan satu perubahan positif yang rakus. Kerakusan ini selaras dengan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Seni di Malaysia yang berperanan sebagai satu disiplin ilmu yang signifikan dengan hasrat murni yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam era globalisasi terjahan maklumat menerusi perantaraan media komunikasi seperti teknologi komputer, internet, satelit, media elektronik, dan teknologi siber telah menjadikan disiplin seni melonjak ke satu tahap yang tinggi dan bersifat terbuka luas. Hal ini selaras dengan pendapat Alvin Toffler dalam Hassan Ahmad (1995) yang mengatakan bahawa, “...gelombang ketiga (third wave) dalam perkembangan tamadun dunia ialah zaman teknologi maklumat .” Hassan Mohd Ghazali, Konvensyen Pendidikan Seni Visual (2000 : 85) Impak globalisasi ini telah memunculkan pelbagai bentuk cabaran dan peranan yang perlu dihadapi oleh disiplin ilmu seni. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan bentuk dan peranan akan dihadapi oleh disiplin ilmu seni dalam konteks globalisasi pada masa kini.

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Keywords: Komputer - Seni - Art - Globalisasi
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 21 May 2012 16:27
Last Modified: 04 Feb 2013 10:24
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/318

Actions (login required)

View Item View Item