Mengajar bahasa melayu kepada penutur asing dan cabarannya: pengalaman di Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia

Khuzaiton Zakaria, and Thana Abdullah, (2014) Mengajar bahasa melayu kepada penutur asing dan cabarannya: pengalaman di Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia. In: Professional Development in Education (PDE 2014) Teaching and Learning in The 21st Century : Aspirations and Challenges, 11 - 12 June 2014, Park Hotel, Bandung, Indonesia.

[img]
Preview

Download (255Kb) | Preview

Abstract

Penulisan ini bertujuan berkongsi pengalaman mengajar bahasa Melayu kepada penutur asing atau orang asing yang berada di Universiti Malaysia Kelantan. Penutur asing yang dimaksudkan terdiri daripada dua kategori iaitu pelajar asing dan pensyarah asing. Mereka mempelajari bahasa Melayu mengikut keperluan masing-masing. Bagi pelajar asing mempelajari bahasa Melayu kerana kursus berkenaan diwajibkan kepada mereka seperti yang terdapat dalam peraturan yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana mengikuti Kursus Bahasa Melayu dan mempelajari bahasa Melayu adalah sebagai prasyarat untuk lulus dalam pengajian. Bagi kumpulan pensyarah bangsa asing pula mereka perlu mempelajari bahasa Melayu untuk kegunaan harian iaitu untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan komuniti yang ada di sekeliling mereka sebagai ikhtiar hidup dan bahasa komunikasi. Dengan kata lain, pengajaran bahasa Melayu kepada pensyarah asing ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan semasa.Kertas ini juga membincangkan cabaran yang dihadapi oleh penutur asing dalam menguasai bahasa Melayu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Cabaran mengajar B. Melayu - Sikap - Faktor budaya - Motivasi - Dialek
Faculty: Centre for Modern Languages and Generic Development
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 30 Jun 2014 03:11
Last Modified: 30 Jun 2014 03:12
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2902

Actions (login required)

View Item View Item