Andaian ketidak-terhadan kemahuan manusia : analisis perbandingan antara pemikiran sarjana ekonomi islam arus perdana dengan sarjana ekonomi lazim

Mohd Zulkifli Muhammad, (2014) Andaian ketidak-terhadan kemahuan manusia : analisis perbandingan antara pemikiran sarjana ekonomi islam arus perdana dengan sarjana ekonomi lazim. In: The 7th Workshop Antarabangsa Pembangunan Berteraskan Islam (International Workshop on Islamic Development) (WAPI 2014), 06 Mei 2014, Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Medan, Indonesia. (Unpublished)

[img]
Preview

Download (295Kb) | Preview

Abstract

Kertas kerja ini ditulis dengan matlamat untuk mencapai dua tujuan. Pertama, mengenal pasti pandangan andaian dalam sistem ekonomi Islam arus perdana yang mengatakan bahawa kemahuan manusia adalah tidak terhad (unlimited wants). Kedua, menganalisis secara perbandingan andaian tersebut berdasarkan pandangan sarjana ekonomi Islam arus perdana dan sarjana ekonomi lazim. Kajian ini penting kerana ia dapat menganalisis persoalan adakah andaian ketidak-terhadan kemahuan manusia dalam ekonomi Islam arus perdana hanyalah tempelan daripada ekonomi lazim? Selain itu, setakat ini sarjana ekonomi Islam arus perdana hanya berminat membicarakan andaian keterhadan sumber alam tetapi kurang menghubungkannya dengan andaian ketidak-terhadan kemahuan manusia. Kajian ini diharapkan dapat menambah ilmu pengetahuan tentang andaian yang kurang disentuh ini secara lebih terperinci. Kajian ini bersifat kajian perbandingan. Data yang digunakan diperolehi daripada kajian perpustakaan. Analisis kandungan dan perisian ATLAS.ti digunakan dalam mencapai hasrat ini. Kajian ini mendapati bahawa andaian ekonomi Islam arus perdana tersebut diambil daripada ekonomi lazim. Implikasi daripada dapatan kajian ini ialah perlunya satu kajian yang komprehensif dilakukan bagi membina satu resolusi baru dalam andaian ekonomi Islam yang berlandaskan syarak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Andaian ekonomi Islam arus perdana - Ketidak-terhadan kemahuan manusia - Andaian ekonomi lazim.
Faculty: Faculty of Entrepreneurship and Business
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 16 Jun 2014 06:52
Last Modified: 16 Jun 2014 06:56
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2830

Actions (login required)

View Item View Item