Penggunaan aplikasi atas talian dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa ketiga : pengenalan kepada quizlet.com

Ahmad Zaki Amiruddin, and Ahmed Thalal Hassan, and Ahmad Abdul Rahman, and Nor Abdul Rahman, and Mohd Shahriman Abu Bakar, (2014) Penggunaan aplikasi atas talian dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa ketiga : pengenalan kepada quizlet.com. In: Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014), 09 – 10 April 2014, Batu Pahat, Johor.

[img]
Preview

Download (1028Kb) | Preview

Abstract

Pembelajaran kursus bahasa ketiga dilihat sangat penting dan mula diperkenalkan di institut pengajian tinggi (IPT) bagi meningkatkan kebolehpasaran para graduan. Pelbagai teknik dan pendekatan diketengahkan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa ketiga lebih menarik dan efisien. Sejajar dengan kemajuan global, para pengajar mula tertarik untuk menggabungkan proses P&P dengan kemajuan teknologi, seperti; aplikasi atas talian (Online Application) sama ada secara percuma mahupun secara berbayar. Menyedari kepentingan ini, satu tajuk dibentangkan bertujuan memperkenalkan sebuah laman sesawang; iaitu Quizlet.Com yang menyediakan aplikasi atas talian khas bagi tujuan P&P. Kajian ini melibatkan pengenalan kepada aplikasi tersebut, kelebihan aplikasi, fungsi secara umum dan fungsi secara khusus untuk P&P bahasa ketiga yang difokuskan kepada bahasa Arab, serta hasil pembelajaran yang mampu diperoleh daripada proses P&P setelah menggunakan aplikasi tersebut beserta lampiran contoh bergambar. Dapatan kajian menyokong aplikasi atas talian ini bukan sahaja lebih menarik minat para pelajar, bahkan amat bersesuaian untuk proses P&P bahasa ketiga berdasarkan fungsi yang disediakan di dalam aplikasi tersebut. Melalui kajian ini, diharapkan dapat merancakkan lagi perkembangan teknik dan pendekatan proses P&P yang digabungkan dengan kemajuan teknologi terkini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Bahasa ketiga - e-learning - Aplikasi komputer - Pengajaran & pembelajaran - Teknologi.
Faculty: Centre for Modern Languages and Generic Development
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 14 May 2014 01:45
Last Modified: 14 May 2014 02:12
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2755

Actions (login required)

View Item View Item