Penubuhan Kolej Komuniti Baling: kesan kepada sosioekonomi penduduk tempatan

Hidayani Jaafar, (2013) Penubuhan Kolej Komuniti Baling: kesan kepada sosioekonomi penduduk tempatan. In: National Conference on Higher Education Institution and Community Engagement 2013 : towards making higher education institution relevant to community, 29 - 27 Aug 2013, Universiti Malaysia Kelantan , Jeli Kampus.

[img]
Preview

Download (2710Kb) | Preview

Abstract

Penubuhan Kolej Komuniti di daerah Baling, Kedah merupakan salah satu langkah positif ke arah meningkatkan taraf ekonomi dan kemahiran penduduk tempatan. Pembangunan Kolej Komuniti Baling telah merubah kawasan yang dahulunya dipenuhi dengan pokok getah kepada kenaikan bangunan - bangunan kedai, pasar raya dan stesen minyak. Penambahbaikan jalan raya turut memberi kesan positif terutamanya kepada penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman. Selain daripada itu, penubuhan kolej komuniti tersebut memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam pelbagai bidang contohnya pertukangan, kejuruteraan, perhotelan dan lain - lain. Kolej Komuniti Baling dengan kerjasama Kerajaan Pusat juga mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan pelbagai golongan terutamanya ibu tunggal dengan menganjurkan bengkel masakan, jahitan dan sulaman bagi meningkatkan lagi pendapatan mereka. Kepesatan di kawasan tersebut jug a dapat dilihat dengan penubuhan Sekolah Menengah Agama Baling, Pejabat Pendidikan Daerah Baling dan Kompleks Rakan Muda. Penubuhan Kolej Komuniti Baling telah mengubah taraf ekonomi penduduk tempatan dimana majoritinya dahulu merupakan penoreh getah kepad a usahawan peniagaan kecil - kecilan. Penduduk menyambut baik penubuhan kolej tersebut kerana mampu meningkatkan taraf sosioekonomi dan kemahiran bukan sahaja kepada orang luar malahan kepada penduduk tempatan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Kolej Komuniti Baling - Sosioekonomi - Penduduk tempatan
Faculty: Faculty of Earth Sciences
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 27 Apr 2014 08:32
Last Modified: 27 Apr 2014 08:52
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2733

Actions (login required)

View Item View Item