Tradisi lisan dan pelancongan di Malaysia: satu saranan

Harun Daud, (2013) Tradisi lisan dan pelancongan di Malaysia: satu saranan. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 1 (1). pp. 51-70. ISSN 2289-4527

Abstract

Tradisi lisan mempunyai hubungan yang rapat dengan corak kehidupan, pemikiran dan kepercayaan masyarakat yang melahirkannya. Dalam konteks Malaysia didapati hubungan tradisi lisan dengan pelancongan seolah-olah dipisahkan oleh satu jurang yang dalam serta luas, dan dalam situasi antara hidup dan mati. Walau bagaimana pun, sekiranya tindakan awal diambil, kita masih belum terlambat untuk menyelamatkan tradisi lisan tersebut. Kajian berkaitan punca kepupusan dan langkah pemuliharaan tradisi lisan di Kelantan (Haron Daud, 2008, 222) mendapati sebilangan besar golongan muda yang berusia 20 tahun ke bawah tidak mengenali Selampit, Mak Yong, Wayang Kulit dan Menora. Faktor budaya adalah penting dalam menampilkan kemegahan sesuatu bangsa. Malaysia yang tidak mempunyai Borobudur, Angkor Wat, Taj Mahal, Tembok Besar China sewajarnya memberikan perhatian kepada tradisi lisan dalam usaha untuk mengekalkan warisan bangsa.

Item Type: Non-Indexed Article
Subject Heading: Tourism
Subject Heading: Tourism - Malaysia
Subject Heading: Culture - Malaysia
Keywords: Tradisi Lisan - Warisan Bangsa - Kebudayaan
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 25 Nov 2013 09:07
Last Modified: 07 Jan 2016 01:16
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2415

Actions (login required)

View Item View Item