Kajian kes warisan dan pelancongan Taman Negara Pahang, Malaysia

Norhidayah Mohamed, (2011) Kajian kes warisan dan pelancongan Taman Negara Pahang, Malaysia. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan mengetahui apakah keistimewaan sebenar yang terdapat di Taman Negara, khususnya di Taman Negeri Pahang. Penyelidikan ini dijalankan adalah berdasarkan tentang elemen ciri-ciri warisan yang ada pada taman negeri Pahang, nilai sejarah dan nilai warisan Hutan Hujan Tropika. Kajian ini juga untuk mengetahui faktor-faktor atau eko-pelancongan yang ada sehingga menjadikannya sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dalam dan luar negara. Penyelidik juga ingin mengetahui keistimewaan, keunikan, dan keajaiban Hutan Hujan Tropika yang dikatakan mempunyai seribu satu khazanah alam semulajadi. Kajian dan penyelidikan ini telah saya lakukan di Taman Negeri Kuala Tahan, Jerantut Pahang. Kaedah penyelidikan ialah dengan menggunakan kaedah temubual, kaedah pemerhatian, kaedah turut serta dan kaedah perpustakaan. Kaedah-kaedah tersebut telah dilakukan sebaik mungkin untuk mendapat maklumat yang jelas dan tepat agar tidak mengelirukan penyelidik untuk membuat sebarang laporan.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 17 Nov 2013 12:31
Last Modified: 17 Nov 2013 12:31
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2312
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item