Kajian terhadap penggunaan seni khat dalam masyarakat Melayu di Kelantan

Hafariza Hanafi, (2011) Kajian terhadap penggunaan seni khat dalam masyarakat Melayu di Kelantan. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Seni khat merupakan satu seni yang terindah yang merupakan salah satu bidang dalam cabang kesenian Islam yang tertua, dalam sejarah peradaban Islam. Karya teragung ini, melambangkan identiti sebuah masyarakat Islam yang penuh dengan nilai keindahan melalui kehalusan penulisan yang begitu kemas dan sopan. Seni khat ini merupakan satu khazanah kesenian Islam yang perlu dikekalkan dalam aspek kehidupan masyarakat sejagat. Ia menjadi lambang masyarakat islam dalam pelbagai perkara seperti urusan pentadbiran, pendidikan dan sebagainya. Seni khat menjdi bahan perantaraan masyarakat terdahulu dan di situ juga lahir ramai tokoh-tokoh yang terkenal yang bergiat aktif dalam penulisan khat. Khat ini dikatakan mendapat temapat dalam masyarakat sehingga hari ini dan keistimewaannya terlalu mendapat tempat dalam masyarakat sehingga hari ini dan keistimewaannya terlalu berharga, kerana seni merupakan satu seni yang lahir daripada bahasa Al-Quran yang diperturunkan oleh Allah S.W.T kepada umatnya sekalian alam. Idea yang kreatif dapat dilihat dengan pelbagai keunikan serta gaya penulisan oleh tokoh-tokoh tempatan mahupun luar negara. Objektif pengkaji adalah dalam memartabatkan seni khat dan penerimaan masyarakat itu sendiri terhadap seni khat. Penggunaan khat kini amat meluas di Kelantan terutama dalam ukiran pada bangunan institut kerajaan, sistem pendidikan aspek kehidupan dan sebagainya. Khat mampu bergerak seiring dengan seni-seni yang lain, supaya mampu bersaing dan dinaik taraf ke arah yang lebih baik di peringkat global.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: En. Fauzi Bin Ab.Llah
Programme: Kesusasteraan
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 17 Nov 2013 13:11
Last Modified: 17 Nov 2013 13:11
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2311

Actions (login required)

View Item View Item