Rekabentuk Toasket di kalangan pelajar kampus

Cornelius Gukod, (2011) Rekabentuk Toasket di kalangan pelajar kampus. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Produk yang direkabentuk adalah sebuah produk peralatan dapur yang dikenali sebagai Toasket. Penamaan Toasket terhasil daripada gabungan kata nama imbuhan awal di antara Toaster dengan kettle. Toasket masih mengekalkan fungsi toaster dan keetle sebagai alat pemasak air dan juga pembakar roti cuma kelebihan produk ini adalah mampu menjalankan dua fungsi tersebut dalam satu produk. Perekaan produk baru ini terhasil daripada idea pengkaji sendiri (Cornelius Gukod) yang masih menuntut di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) setelah mengkaji masalah yang dihadapi oleh pelajar kampus berkaitan dengan pengambilan dan peyediaan sarapan sebelum ke kelas pada awal pukul 8.00 pagi sudah menjadi kebiasaan di universiti dan kafe kampus pula belum dibuka seawal jam 7.00 pagi. Oleh itu, pelajar harus memiliki alat memasak ini di asrama bagi tujuan penyediaan sarapan secara individu atau kumpulan. Selain itu, ruang yang sempit serta plug elektrik yang begitu terhad di dalam bilik asrama memberi inspirasi kepada pereka untuk merekabentuk Toasket yang berasaskan kepada kepelbagaian fungsi pada satu produk. Sehubungan dengan itu, pengkaji membuat keputusan untuk membuat kajian mengenai penilaian sebenar pelajar berkaitan dengan penggunaan Toaster dan jug kettle di kampus bagi tujuan merekabentuk Toasket. Dapatan kajian dalam kajian ini menunjukkan pelajar kampus bersedia menggunakan Toasket kelak.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: En. Haji Fauzi Bin Abd.Llah
Programme: Rekabentuk Produk
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 17 Nov 2013 13:16
Last Modified: 17 Nov 2013 13:16
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2303

Actions (login required)

View Item View Item