Jahitan sulaman tangan (smocking)

Sri Hani Shabares, (2011) Jahitan sulaman tangan (smocking). Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

PPI dan PPII bertujuan untuk memberi pendedahan dan membuka minda pelajar mengenai proses penyelidikan yang perlu dilakukan untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan hasil projek yang sebenar berdasarkan kajian penyelidikan yang dilakukan mengenai jahitan sulaman tangan (smocking) pada pakaian kanak-kanak. Melalui PPI dan PPII, pelajar perlu mengkaji semula kajian terdahulu yang telah dilakukan serta mengenal pasti masalah yang telah dihadapi sebelum ini. Ia adalah untuk membaiki semula semua masalah yang dihadapi dengan penghasilan produk yang baru. Hasil kajian ini hendaklah dapat mengatasi semua masalah yang telah dihadapi. Sehubungan dengan itu, PPI dan PPII memainkan peranan proses penyelidikan tahap pertama bagi bab satu, bab dua dan bab tiga. Di dalam kajian PPI dan PPII ini, pelajar dikehendaki memikirkan satu penyelesaian masalah serta penghasilan produk baru di pasaran. Berdasarkan kajian yang dibuat mengenai jahitan sulaman tangan (smocking) pada pakaian kanak-kanak ini dapat mengekalkan kehalusan kesenian sulaman tangan.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Prof Madya Mohd Najib Bin Mohd Nor
Programme: Rekabentuk Tekstil dan Fesyen
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 17 Nov 2013 13:17
Last Modified: 17 Nov 2013 13:17
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2298

Actions (login required)

View Item View Item