Katil: kajian terhadap penggunaannya di rumah pangsa/rumah kos rendah

Mohd Abdul Khadir Mohd Azahar, (2011) Katil: kajian terhadap penggunaannya di rumah pangsa/rumah kos rendah. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Projek penyelidikan akhir merupakan subjek yang diambil setiap pelajar tahun akhir. Bagi menyempurnakan kajian ini penyelidik telah menjalankan penyelidikan tentang penggunaan katil di rumah pangsa dan rumah kos rendah. Penyelidik telah memilih negeri Kelantan sebagai kawasan kajian kerana dipercayai terdapat banyak perumahan kos rendah. Pengkaji mengambil ini sebagai satu peluang untuk menghasilkan satu produk yang dapat membantu dan menyelesaikan masalah dalam penggunaan ruang di bilik tidur. Penyelidik melakukan penyelidikan ini atas dasar tanggungjawab sebagai seorang insan yang bergelar pereka yang mana sudah menjadi tanggungjawab seorang pereka untuk membantu dan meyelesaikan masalah. Rekabentuk untuk pemodularan adalah antara teknik rekabentuk yang terbaik yang mana ia menjanjikan proses reka bentuk yang lebih baik dan lebih cepat. Berdasarkan ciri kebebasan fungsi dan kesamaan fizikal yang dimilikinya, ia akan menjurus kepada penghasilan platform yang lebih baik. Tesis ini cuba membincangkan aplikasi pendekatan pemodularan untuk menghasilkan platform reka bentuk daripada produk (katil) pelbagai fungsi. Garis panduan heuristik sedia ada digunakan untuk mengenal pasti modul, dan kemudiannya labdasan akan dihasilkan dan boleh dikongsi oleh kesemua produk berkenaan. Keputusan menunjukkan reka bentuk baru telah dapat dhasilkan yang memaparkan beberapa penambahbaikan.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: En. Ramli Bin Ismail
Programme: Rekabentuk Produk
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 17 Nov 2013 13:20
Last Modified: 17 Nov 2013 13:20
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2288

Actions (login required)

View Item View Item