Satu kajian tentang permainan gasing uri terbang negeri Terengganu Darul Iman

Mohd Hafizuddin Abd Rahman, (2011) Satu kajian tentang permainan gasing uri terbang negeri Terengganu Darul Iman. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini merupakan kajian mengenai permainan tradisional yang dikenali sebagai uri di negeri Terengganu Darul Iman. Permainan tradisional merupakan satu seni masyarakat lalu dalam mengetengahkan idea dan falsafah kehidupan mereka dalam bentuk permainan. Dimana pada waktu dahulu ianya menjadi medium kepada masyarakat dalam menyatukan kumpulan serta membentuk hubungan yang erat antara satu sama lain. Kajian ini akan melihat kepada asal-usul permainan, struktur permainan tradisional ini yang mengandungi teknik pembuatan, cara permainan dan juga undang-undang yang wujud dalam permainan ini. Kajian tradisinya iaitu di Daerah Besut yakni di Kawasan Kampung Gong Duek, Kampung Teluk Suda dan juga Kampung Alor Lintang. Diharapkan supaya kajian ini dapat dijadikan satu sumbangan yang bermakna dalam usaha memartabatkan seni warisan negara.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: -
Programme: Muzium dan Arkib
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 17 Nov 2013 13:21
Last Modified: 17 Nov 2013 13:21
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2285

Actions (login required)

View Item View Item