Sumber ekonomi masyarakat orang asli kaum Temiar di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan

Nurul Fasihah Subakir, (2011) Sumber ekonomi masyarakat orang asli kaum Temiar di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dibuat keatas sumber ekonomi masyarakat Orang Asli kaum Temiar di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti sumber pendapatan, jenis-jenis sektor pekerjaan dan mengenalpasti purata jumlah pendapatan sebulan masyarakat Orang Asli Kaum Temiar. Gabungan kaedah lapangan seperti borang soal selidik, temubual, pemerhatian dan perpustakaan pula seperti buku, kajian kes sorotan terdahulu dan sebagainya. Sumber ekonomi masyarakat Orang Asli kaum Temiar di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan masih lagi menjalankan aktiviti pertanian sara diri. Aktiviti pertanian yang mereka masih kekalkan sehingga sekarang adalah sistem berpindah-randah. Antara aktiviti pertanian adalah berkebun, bercucuk tanam seperti tanaman padi bukit, ubi kayu, ubi keledek, jagung, sayur-sayuran hijau yang lain dan sebagainya. Selain daripada itu, mereka menjalankan aktiviti memungut hasil hutan seperti mencari rotan, kayu gahara, akar-akar kayu dan daun-daun herba yang diperolehi daripada hutan-hutan sekitar Kuala Betis. Mereka juga memperolehi sumber makanan daripada hasil buruan seperti rusa, ayam hutan, burung dan sebagainya. Masyarakat Orang Asli kaum Temiar ini juga terdiri daripada kakitangan kerajaan iaitu berkhidmat sebagai guru, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan sebagainya. Tinjauan ke tapak dan perpustakaan membantu pengkaji mendapatkan dan melihat sesuatu atau maklumat dengan lebih tepat.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Dato' Hj Adi Bin Hj Taha
Programme: Muzium dan Arkib
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 17 Nov 2013 13:22
Last Modified: 17 Nov 2013 13:22
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2282

Actions (login required)

View Item View Item