Wayang Kulit: satu kajian biografi Pak Usop dan Pak Nasir sebagai pewaris ilmu perdalangan Hamzah Awang Amat

Nur Ainul Akmal Abdullah, (2011) Wayang Kulit: satu kajian biografi Pak Usop dan Pak Nasir sebagai pewaris ilmu perdalangan Hamzah Awang Amat. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Seni persembahan wayang kulit sangat popular serta dikenali oleh masyarakat Melayu. Ia juga salah satu hiburan yang terkenal di negeri-negeri Pantai Timur Malaysia. Di kelantan ia dipanggil wayang kulit Siam manakala di negeri-negeri sebelah utara pula terdapat wayang gedek. Wayang kulit Jawa atau lebih dikenali sebagai wayang kulit Purwa yang berasal dari Johor. Suatu masa dahulu, terdapat wayang kulit Melayu atau wayang Jawa yang wujud untuk hiburan bagi orang-orang bangsawan sahaja di Kelantan atau Kedah. Pada masa kini, Wayang Kulit Kelantan hanya menjadi hiburan dan tontonan oleh pelancong-pelancong asing dan juga masyarakat Melayu. Kemajuan yang dicapai dalam bidang hiburan seperti radio, televisyen, kaset, CD dan pelbagai lagi telah membuka peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan hiburan dimana sahaja mereka suka. Arus pemodenan telah menyebabkan wayang kulit ditenggalami kepupusan. Penulisan ini membincangkan tentang dua orang tokoh tok dalang wayang kulit iaitu Pak Usop dan juga Pak Nasir. Mereka merupakan tokoh tok dalang wayang kulit iaitu Pak Usop dan juga Pak Nasir. Mereka merupakan tokoh tok dalang yang dikenali ramai dan berguru dengan orang yang sama iaitu arwah Pak Hamzah. Dalam penulisan ini juga, ia membincangkan sejarah hidup mereka, bagaimana ilmu perdalangan di sampaikan, perbandingan diantara mereka da sebagainya. Faktor-faktor ini sedikit sebanyak telah membuka minda orang ramai tentang penting seseorang tok dalang dalam mengekalkan wayang kulit daripada terus mendapat penghargaan daripada orang ramai.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: YM Raja Iskandar Bin Raja Halid
Programme: Kesusasteraan
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 17 Nov 2013 13:24
Last Modified: 17 Nov 2013 13:24
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2276

Actions (login required)

View Item View Item