Keintelektualan Raja Ali Haji dalam Gurindam Dua Belas

Rahifah Abdul Rahman, (2011) Keintelektualan Raja Ali Haji dalam Gurindam Dua Belas. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dibuat ke atas teks Gurindam Dua Belas iaitu hasil karya Raja Ali Haji, seorang tokoh ssterawan Indonesia. Gurindam Dua Belas dilihat sebagai sebuah teks karya sastera. Objektif kajian adalah untuk mengenal diri dan keintelektualan Raja Ali Haji yang sebenar serta mengkaji mesej dan pengajaran dalam Gurindam Dua Belas. Gabungan kaedah kajian dalamn tersurat dan kaedah kajian dalaman tersirat untuk mengenali keperibadian pengkaryanya iaitu Raja Ali Haji melalui teks Gurindam Dua Belas. Di samping itu, Gurindam Dua Belas Berperanan sebagai teks yang membicarakan aspek keilmuan dan pengajaran dalam Islam iaitu mengenai akidah, syariat, akhlak serta ilmu tasawuf. Manakala sumbangan Gurindam sebagai sumber hiburan, sumber ilmu (sosiobudaya, sosioekonomi, sosiopolitik dan agama) bagi mempertajam minda. Teks Gurindam Dua Belas dikaji secara Kualitatif kepada mesej dalam gurindam dua belas seperti nilai-nilai murni, pemikiran falsafah dan juga aspek gaya bahasa. Semua data dan maklumat yang diperolehi dihuraikan secara diskriptif. Teori sosiologi digunakan untuk menilai sifat individu dan keperibadian dalam hasil karyanya. Semasa mentafsir dan menilai teks Gurindam Dua Belas aiatu untuk mengenali diri pengkaryanya mendasari perbincangan bagi mengesan mesej dari aspek ilmu agama, nilai-nilai murni, pemikir dan falsafah yang tersurat serta tersirat. Dalam aspek bahasa pengkaji bersandar kepada tiga gaya bahasa iaitu gaya perbandingan, gaya penegasan dan gaya pertentangan sekaligus kepada kekayaan, keluasan, dan dan kedalaman makna. Pentafsiran dan penilaian dibuat secara kualitatif dan dihuraikan secara deskriptif. Maklumat dan data diperoleh dengan kaedah kajian kepustakaan dan kajian teks. Kajian kepustakaan merujuk kepada buku-buku, tesis, kertas kerja dan jurnal yang memperkatakan tentang puisi tradisional dan Gurindam Dua Belas sebagai sorotan kajian.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Dr. Syed Abdullah Bin Syed Sulaiman
Programme: Kesusasteraan
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 17 Nov 2013 13:25
Last Modified: 17 Nov 2013 13:25
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2274

Actions (login required)

View Item View Item