Nilai-nilai kemanusiaan dalam cerita rakyat hasil koleksi Zakaria Hitam

Muhammad Azrul Deraman, (2011) Nilai-nilai kemanusiaan dalam cerita rakyat hasil koleksi Zakaria Hitam. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dibuat ke atas 10 buah cerita koleksi Zakaria Hitam dari tahun 1972 hingga 1981 yang terdapat di daerah Negeri Pahang. Koleksinya disimpan sebagai satu bahan rujukan dan bacaan di Perpustakaan Negeri Pahang yang terletak di Kuantan. Cerita rakyat dilihat sebagai karya teks sastera. Objektif kajian adalah untuk mengenali Pak Zek dengan lebih mendalam terutama sekali bermulanya beliau mendapatkan pendidikan sehingga beliau mencipta fenomena menghasilkan dan mengumpul beratus-ratus buah cerita rakyat. Selain itu, dalam teks kajian ini kita boleh memahami nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat dalam cerita rakyat hasil koleksi Pak Zek. Cerita rakyat pada suatu ketika dahulu memainkan peranan penting sebagai media hiburan kepada masyarakat tradisional. Cerita rakyat dilihat sebagai suatu genre kepada kesusasteraan Melayu tradisional yang membawa amanat dan tujuan tertentu kepada masyarakat meliputi kepercayaan, budaya dan cara hidup. Cerita ini juga berperanan sebagai wadah untuk menyimpan, menyusun dan meyampaikan mesej tertentu kepada masyarakat di samping memaparkan tentang ilmu pengetahuan dan budaya bangsa. Sumbangan cerita rakyat koleksi Pak Zek dapat membentuk rasa kemanusiaan yang mempunyai sesautu perasaan 'humunisme' kepada masyarakat khususnya. Semua maklumat dan data yang diperolehi dihuraikan secara terperinci dan mudah untuk difahami. Untuk mendapatkan nilai-nilai kemausiaan, pengajaran, peranan, tema dan persoalan tersebut dinilai dan ditafsir berlandaskan teori-teori humunisme. Teori-rasa ini dilihat dalam tiga konteks yang berlainan iaitu rasa simpati, rasa antipati dan rasa empati. Semasa mentafsir dan menilai sesuatu fenomena, keberkesanan perwatakan dan pengisian pengajaran yang terkandung didalam kajian ini merupakan perkara yang dinilai melalui perbincangan. Perkara tersebut dilihat bagi mengesan pengajaran dan nilai kemanusiaan yang tesurat dan tersirat. Dalam aspek bahasa pengkaji bersandarkan kepada kekayaan, keluasan kedalaman makna. Pentafsiran dan penilaian dibuat secara kualitatif dan dihurai secara terperinci. Maklumat dan data diperoleh dengan kaedah kajian kepustakaan dan tinjaun ke Arkid Negara Cawangan Pahang dan Kelantan serta kajian teks. Kajian kepustakaan merujuk kepada buku-buku, tesis, kertas kerja jurnal dan akhbar yang memperkatakan tentang Pak Zek dan karya kreatif seninya sebagai sorotan kajian. Tinjaun ke Arkib Negara dan perpustakaan membantu pengkaji mendapatkan dan melihat sesuatu atau maklumat dengan lebih tepat.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Dr. Syed Abdullah Bin Syed Sulaiman
Programme: Kesusasteraan
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 17 Nov 2013 13:32
Last Modified: 17 Nov 2013 13:32
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2239

Actions (login required)

View Item View Item