Kajian tentang peranan muzium diraja dalam penyampaian maklumat

Nor Azlina Binti Mohamad Fauzi, (2013) Kajian tentang peranan muzium diraja dalam penyampaian maklumat. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini dibuat mengenai peranan muzium Diraja dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Dalam kajian ini, ianya merangkumi peranan muzium Diraja dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai mengenai warisan Diraja negeri Kelantan. Objektif kajian ini ialah adakah muzium Diraja Kelantan boleh dijadikan jambatan penghubung antara rakyat dengan Raja Kelantan Darul Naim. Selain itu, pengkaji ingin membuat kajian mengenai mampukah muzium Diraja Kelantan berperanan dalam memberikan maklumat dan pengetahuan kepada orang ramai tentang sejarah kesultanan Raja Kelantan, serta mengesan bagaimana koleksi barangan kesultanan Melayu Kelantan disimpan dan dijaga. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah perpustakaan dan kaedah kajian lapangan. Dalam melakukan kaedah perpustakaan, pengkaji mendapatkan maklumat dan melakukan kaedah perpustakaan, pengkaji mendapatkan maklumat dan membuat rujukan daripada buku-buku ilmiah, tesis-tesis, jurnal dan sebagainya. Manakala kajian lapangan pula merangkumi kaedah temubual, temuramah, memerhati dan soal selidik. Pengkaji memilih soalan berbentuk bebas. Pengkaji telah memilih kajian berbentuk kualitatif iaitu mencari dan mengumpul bahan yang relevan dengan rujukan seperti istilah, konsep dan teori bagi menerangkan sesuatu topik. Bahan yang dikumpul akan dianalisis berdasarkan kajian yang akan dibuat.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 27 Sep 2013 07:50
Last Modified: 27 Sep 2013 07:50
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2238
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item