Kota-kota lama di sepanjang sungai Johor dalam industri pelancongan warisan

Muhamad Akmal A Rasid, (2011) Kota-kota lama di sepanjang sungai Johor dalam industri pelancongan warisan. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Penulisan ilmiah ini dibuat ke atas 8 Buah kota lama di sepanjang Sungai Johor yang bermula dari Sanyong Pinang hingga ke Kota Johor Lama. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui sejarah kewujudan kota-kota lama di sepanjang Sungai Johor yang merupakan tapak pemerintahan terdahulu kerajaan lama, meneliti kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan dan pemeliharaan dan mengukur tahap pnerimaan masyarakat, terhadap kawasan sejarah yang wujud di sepanjang Sungai Johor. Di sepanjang Sungai Johor mempunyai pelbagai kawasan bersejarah yang berpotensi menjadi salah satu daya tarikan kepada pelancong. Kawasan bersejarah di sepanjang Sungai Johor pernah menjadi pusat pemerintahan kesultanan pada suatu ketika dahulu. Malah bukti-bukti tinggalan sejarah masih dapat dilihat hingga kini, namun begitu terdapat beberapa kawasan bersejarah yang musnah akibat hakisan dan terbiar tanpa sebarang usaha untuk memulihara. Usaha memulihara kawasan bersejarah ini perlu dilakukan untuk menjadikan kawasan ini sebagai salah satu tarikan kepada pelancong. Oleh itu, pengkaji telah membuat kajian di lapan buah kota lama iaitu Kota Kara, Kota Johor Lama, Kampung Panchor, Bukit Seluyut, Kota Batu Sawar, Gonggong atau Pasir Putih dan Kota Sayong Pinang bagi melihat sendiri potensi dan usaha-usaha pemuliharaan yang telah dijalankan di kawasan ini. Selain itu, beberapa responden telah dipilih secara rawak bagi menjayakan kajian ini. Pengkaji juga turut menyatakan cadangan kepada pihak yang bertanggungjawab bagi memulihara dan menaik taraf kawasan ini sebagai salah satu daya tarikan dalam industri pelancongan warisan.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Dato' Dr. Adi Bin Taha
Programme: Arkeologi
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 27 Sep 2013 07:53
Last Modified: 27 Sep 2013 07:53
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2227

Actions (login required)

View Item View Item