Gaya Hidup Masyarakat Temiar Dahulu Dan Kini

Siti Amirah Binti Abd Hamid, - (2011) Gaya Hidup Masyarakat Temiar Dahulu Dan Kini. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dibuat keatas Masyarakat Temiar tentang gaya hidup mereka dahuku dan kini serta mengetahui perubahan-perubahan yang berlaku dan memberi impak yang berbeza dalam kehidupan seharian mereka. Objektif kajian adalah ingin mengetahui dan melihat dengan terperinci, revolusi dan taraf hidup Orang Asli Temiar dalam kehidupan dahulu dan kini. Kaedah kajian yang digunakan dengan temuduga, pergi ke kawasan kajian, dan rakaman untuk melihat tahap kehidupan yang mereka lalui kini dan menggunakan kaedah temubual dan beramah mesra bersama penduduk kampong untuk melihat dan membayangkan gaya kehidupan dahulu. Orang Asli di anggap sebagai manusia primitif kerana mempunyai hubung kait yang sangat kuat dengan unsur-unsur misteri. Kewujudan dan asal-usul Orang Asli terkenal dengan aspek magis dan ritual dalam kalangan mereka. Gaya hidup amat sinonim dengan kehidupan atau aktiviti harian manusia. Gaya Hidup amay sinonim dengan kehidupan atau aktiviti harian manusia tentang kelakuan dan gaya pemikiran. Perubahan masyarakat Orang Asli Temiar semakin pesat berlaku dan menyebabkan mereka mengalami perubahan yang mendadak dengan kehadiran peralatan yang moden dan mudah. Pengurangan terus berlaku dalam perubatan tradisional. Sikap anak-anak juga berubah mengikut gaya hidup yang mereka sedang hadapi terutamanya yang kerap keluar di kawasan sekitar biasanya. Adat dan kepercayaan masih lagi diamalkan tetapi tidak sekerap dahulu di mana mereka sentiasa dipengaruhi budaya luar antara yang positif atau yang negatif.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Dr. Syed Abdullah Bin Syed Sulaiman
Programme: Arkeologi
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 17 Nov 2013 13:52
Last Modified: 17 Nov 2013 13:52
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2134

Actions (login required)

View Item View Item